Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  About Me
 

 

Sebuah sejarah tetaplah sebuah sejarah, baik di tulis atau di abadikan melalui lisan ia tetaplah sebuah sejarah. Di catat sekalipun kalau ketepatan catatan yang tidak adil dengan mengetepikan kenyataan dan tidak di tulis kenyataan sebenar secara saksama masih tetap bukanlah catatan sejarah yang tepat. Momogun Rungus tidak mempunyai sistem catatan persuratan. Masyarakat ini menggunakan kaedah sejarah lisan untuk mengabadikan satu rentetan sejarah. Dalam bangsa Momogun Rungus terdapat tatatertib yang di gunakan untuk mengkategorikan kisah benar dan dongeng dalam himpunan cerita dalam bangsa mereka. 

 Usaha untuk mengumpulkan sejarah lisan berkaitan kebudayaan Momogun Laut bukanlah mudah. Segala apa yang saya terdaya lakukan sedang dalam proses di muatkan dalam web ini. Mengumpul sumber kebudayaan Momogun Laut yang juga merupakan di kenali sebagai Dayak Laut merupakan satu tugas yang berat. Kerana ini merupakan satu warisan bangsa Momogun dan sekaligus minat saya yang mendalam dalam perkara ini maka saya sanggup melaburkan apa saja bentuk kos melibatkan usaha mengumpulkan segala khazanah sejarah bangsa ini. Ini kerana sungguhpun Momogun pada hari ini mampu membina identiti baru berdasarkan agama yang mereka anuti sejak penjajahan British namun bagi saya memadamkan segala khazanah dan falsafah kehidupan nenek moyang dan leluhur kita adalah samalah dengan menghapuskan dan memusnahkan kebudayaan kita sendiri. 

Usaha ini hanyalah satu permulaan. masih terlalu banyak lagi dan tidak terkira lagi sudut-sudut budaya Momogun Laut ini yang belum saya sentuh di sini kerana ketiadaan masa dan kekurangan modal untuk melaksanakannya. 

Momogun adalah bermakna "manusia yang bertanggungjawab melupuskan dosa-dosa bangsa di yang menghuni kepulauan Borneo khususnya manusia yang tinggal di bawah gunung kinabalu pada zaman lampau. Kepercayaan Momogun bahawa bumi atau tanah di bawah banjaran gunung kinabalu merupakan tanah yang suci kerana Kinoringan menjadikan gunung kinabalu sebagai tempat bersemayam di bumi menjadikan semua Momogun mempunyai pandangan kehidupan yang sama. Kepercayaan atau pandangan hidup seperti ini bersumberkan dari ajaran Agama Labus iaitu ajaran ini merupakan satu agama yang hanya wujud di seluruh kawasan kepulauan Borneo. 

Momogun ini juga bermakna penduduk asli kepulauan Borneo. Orang Belanda menyebutkan penduduk asli borneo sebagai "Dayak".

Orang Asli Borneo dari mana-manapun suku tetap mempunyai sudut pandang yang sama dengan Agama Labus yang diamalkan oleh Momogun Rungus. Konsep-konsep dan asas-asas pandangan kehidupan tetaplah sama dan sinonim bagi mana-manapun suku dayak yang wujud dalam kepulauan borneo ini. Sungguh pun sebutan kadang-kadang berbeza tetapi upacara yg dilakukan adalah untuk tujuan yang sama. Sebagai contoh setiap suku Dayak di Borneo mempunyai pembukaan tahun kesyukuran kepada semangat padi. upacara ini dilakukan selepas aktiviti menuai setiap tahun. Di Sabah upacara ini di panggil sebagai KAAMATAN manakala di Sarawak dan Kalimantan ini di panggil sebagai GAWAI. 

Semua sudut-sudut pandang mereka adalah sama. Dan bagi Momogun Laut semua ini adalah kepercayaan yang bersumberkan dari agama nenek moyang mereka iaitu Agama Labus. Melalui Agama Labus inilah bangsa Momogun Laut membangunkan masyarakat mereka pada zaman lampau. Mereka membuka pesisir pantai sebagai pusat perdagangan luar menggunakan sistem dagang barter. Melalui kepercayaan inilah mereka mempertahankan tanah momogun dengan wujudnya peraturan Agama Labus. Kadang-kadang ramai yang tidak faham dan menuduh secara sembrono bahawa Momogun adalah bangsa kanibal yang mempunyai budaya "Pangazou" atau "Headhunter". 

Bagi Momogun Laut ini bukanlah satu kerja yang dilakukan untuk suka-suka atau menguji kekuatan semata-mata. Perbuatan ini dilakukan pada zaman dahulu kerana pelanggaran Hukum Agama Labus oleh pihak luar. 

Ramai penulis dan pengkaji tidak mengetahui dengan pasti kenapa perkara ini berlaku. Lantaran itu macam-macam pandangan di lemparkan secara negatif terhadap Momogun mahupun Dayak. 

Hakikatnya kebudayaan dan kedaulatan suku-suku borneo tidak pernah di kaji dan cuba untuk di fahami oleh sekian banyak peneliti budaya.

Hakikat yang sebenarnya kenapa berlaku aktiviti pemotongan kepala ini ialah di sebabkan pelanggaran hukum tanah oleh orang asing yang tinggal di pesisir pantai momogun pada zaman dahulu. Apabila ada bansga asing yang menggali tanah lebih dari 2 kaki maka menurut adat Momogun bangsa Asing telah menghina dan melakukan pengutukan kepada bangsa Momogun kerana hanya Momogun yang ada hak menggali tanah dan secara simbolik orang asing yang menggali tanah itu mengutuk momogun dgn menggali tanah itu sebagai simbol penguburan terhadap Momogun. Maka itu bermakna satu peristiharan perang terhadap Momogun. Melalui hukum inilah maka para Lzuguan siou akan menyerang dan memotong leher sesiapa saja untuk mempertahankan hak tanah momogun.  

Momogun Laut juga sering kali di tuduh sebagai manusia hutan dan di jajah brunei dan sulu sekian lamanya. Namun dari sudut sejarah dan kenyataannya Momogun tidak pernah di campuri sesiapa pun dalam menjaga kawasan tanah Momogun. Hanya pihak British saja yang sanggup memasuki dan mendarat di kawasan Tanah Momogun dalam sepanjang zaman-zaman sebelumnya. 

Ini kerana Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut memang wujud. Melalui sistem pemerintahan tidak beraja itu bangsa ini menguruskan dan menyusun masyarakat mereka secara Hukum melalui Agama Lzabus yang di ketuai himpunan Bobolizan Rovusan sebagai wakil kawasan dan di bantu oleh Lzuguan Siou iaitu pahlawan yang menjaga pesisir pantai. 

Bobolizan Rovusan di kenal juga sebagai Vozoon dan Lzuguan Siou ini di kenali sebagai Galzaman. Kedua kumpulan ini adalah terdiri dari pakar-pakar agama labus dan pahlawan-pahlawan kebal. 

Pahlawan-pahlawan yang kebal ini biasanya juga merupakan pelayar yang berdagang di beberapa tempat untuk dapatkan barangan logam. Manakala kawasan Teluk bandau merupakan satu pusat untuk mendapatkan hasil-hasil pertanian seperti Ubi Kayu, Pisang Bandau dan sebagainya berkaitan hasil tani. 

Melalui pengupasan sedikit demi sedikit segala bentuk kebudayaan dan hukum-hukum Momogun ini di harap pada masa akan datang sejarah yang sebenar tentang sistem kesukuan dan tamadun Nunuk Ragang dapat di rungkaikan untuk tatapan generasi masa akan datang. 

sekian terima kasih 
     

Google
 
 
  Today, there have been 60 visitors (155 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free