Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  About Momogun
 

 

 

  

Pakazan Momogun Laut
(Dayak Dusun)

POPULASI MOMOGUN RUNGUS (DAYAK DUSUN)

Menurut statistik jumlah suku kaum Momogun Rungus di seluruh Kudat adalah 54% daripada 80,000 penduduk kudat (2005).

Selain daripada itu suku Momogun Laut ini yang juga di kenali sebagai DAYAK DUSUN terdapat juga di Kota Marudu, Pitas, Beluran, Paitan, telupid, Sugut-Labuk, Sandakan dan Kinabatangan. Tidak dapat dipastikan berapa angka sebenar suku kaum Momogun Rungus di seluruh Sabah.

Dalam sesetangah tempat yang di luar dari Kuat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran, kaum Rungus ini juga ada yang menggelarkan diri mereka sebagai Dusun atau Kadazan walaupun dari segi bahasa masih lagi menggunakan bahasa dan dialek Momogun Rungus. Selain itu Suku Momogun Rungus ini mempunyai hubungan yang paling rapat dengan suku Momogun Tombonuvo, Paitanic dan Sungai. Ini kerana suku-suku tersebut adalah suku yang hidup bersama-sama dengan suku Rungus di pesisir pantai sekitarnya.

Suku kaum Momogun Rungus ini juga mempunyai persamaan dengan Dayak di Kalimantan. DAYAK adalah membawa makna "penduduk asli kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan). Suku Dayak yang mempunyai persamaan bahasa dengan Momogun Rungus ialah rumpun Dayak Uud Danum. Persamaan ini bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga dari segi petempatan Rumah Panjang serta kepercayaan mereka yang saling berkait rapat.

Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa Rungus dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.Momogun Rungus kadang-kadang dipanggil sebagai "Momogun", "Dusun Dayak", Melobong Rungus", "Memagun" atau "Memogun" kadang-kadang juga di panggil sebagai "Roongas", "Rungus", "Runga's" dan "Dusun Laut ". Semuanya merujuk kepada bangsa Momogun Rungus.

Asal perkataan Momogun di percayai dari segi kepercayaan Agama Labus (pagan) iaitu dari perkataan "PENDUDUK ASAL POGUN NABALU".Momogun diambil dari perkataan POGUN (Dunia). Rungus pula diperolehi sempena nama Aki Rungsud yang mengetuai Pompod Tana setelah diarah oleh Aki Nunuk Ragang.
Menurut mitos Agama Lzabvus, Momogun adalah hasil perkataan dari pekerjaan Kinoringan Mamangun (Allah Pencipta). Ini kerana Kinoringan menaburkan bangsa Momogun di Borneo dan sekitar Gunung Kinabalu (Pampang Nabalu) dengan perkataan yang digunakan "NIASOK". Momogun adalah Asok pertama dan tiada lagi Asok yang lain selain MOMOGUN. Asok bermakna "benih ". Menurut kepercayaan itu Momogun adalah Sakag (benih zuriat / benih tani) yang ditaburkan dengan menganalogikan seperti benih pertanian Tuhan sendiri.

Pasok Momogun bermakna "benih atau zuriat tetap bumi di bawah Gunung Kinabalu". Jika orang Momogun menanam padi di ladang mereka menyebutkannya sebagai "MANGASOK". Pasok Momogun merujuk kepada kepercayaan mereka dalam Agama Labus bahawa KINORINGAN sebagai pencipta segalanya di alam semesta dan "Zuriat pertama atau bangsa pertama yang direncanakan atau di tetapkan oleh Tuhan Pencipta" bagi menghuni kawasan Borneo atau sekitar Gunung Kinabalu sehingga ke pesisir pantai adalah Bangsa Momogun.
Momogun adalah satu perkataan yang membawa makna mempunyai kuasa ke atas tanah atau dunia yang Kinoringan mereka berikan pada bangsa mereka. Mereka menganalogikan pekerjaan Kinoringan seperti menabur benih maka jadilah perkataan "PASOK MOMOGUN RUNGUS".
Kita tidak patut persalahkan ibu bapa 100% jika generasi muda sekarang buta tentang adat resam dan kebudayaan bangsa mereka sendiri. Generasi muda ini sepatutnya tahu mengambil inisiatif untuk meningkatkan jati diri bangsa. Seiring dengan kemajuan teknologi perkomputeran, globalosasi dan jaringan maklumat di hujung jari, pengabadian identiti bangsa itu sepatutnya bukan hal yang patut diremeh-temehkan.

Oleh yang demikian, laman web ini pastinya memberi jawapan kepada pencarian anda selama ini.Cintai dan peliharalah budaya kita..

Intutunai kondiri, ihimo kivudsidwo(rumandavi)
KENALI DIRI, CARI IDENTITI.

 ein Bild

Rumah Panjang Momogun Rungus
 


Click Banner to jon us in Momogunology Club

 
  Today, there have been 102 visitors (274 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free