Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Bandau
 

BANDAU PUSAT KEKUASAAN ROHANI DAN PERDAGANGAN MOMOGUN PURBA

Sejarah Bandau merupakan satu sejarah yang tertua di Kepulauan Borneo. Menurut legenda bangsa Momogun Purba, Bandau merupakan satu pusat perdagangan tertua di rantau ini yang telah wujud jauh sebelum adanya Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. 

Bandau pada zaman dahulu merupakan satu pusat perdagangan barter yang diduduki oleh bangsa Momogun Purba. 

Legenda orang Momogun Rungus menyebutkan bahawa pada zaman dahulu Teluk Mondou ini di kuasai masyarakat Momogun Purba. Menurut cerita mitos tersebut 4 kumpulan masyarakat Momogun Purba tersebut mempunyai peranan dalam fahaman mereka masing-masing. Manakala Momogun Purba ini di tadbir berdasarkan Hukum Gomburon. Hukum Gomburon diasaskan oleh Aki Gomburon.  

Pada zaman purba Teluk Mondou di kuasai oleh 4 puak Momogun Purba yang di kenali sebagai Momogun Kikoniu, Momogun Kisada, Momogun Kigobvuk dan Momogun kilzuba. 

Momogun Kikoniu
Momogun Kikoniu ini merupakan satu puak momogun purba yang berperanan dalam mengendalikan hukum-hukum perang. Ritual-ritual peperangan adalah satu kemahiran mereka. Puak ini di panggil sebagai Momogun Kikoniu yang bermakna "Bersemangat Helang". Kebolehan mereka ini berunsurkan kepada ciri-ciri helang. "Kikoniu" merujuk kepada "kopizo" puak mereka iaitu satu keistimewaan bagi puak tersebut yang tangkas seperti helang. Melalui kuasa-kuasa pemujaan tertentu puak ini berperang secara kuasa Ilmu Sihir.

Momogun Kisada
Momogun Kisada adalah kumpulan Momogun Purba yang suka belayar. Menurut legenda Momogun Kisada ini mengelilingi lautan di dunia. Di kenali sebagai Momogun Kisada kerana mahir dalam lautan dan pelayaran. Momogun Kisada bermakna "Bersemangat Ikan"  Mereka pernah menemukan pusat lautan dalam pelayaran mereka. Pusat lautan di panggil sebagai "Pusod Rahat" atau juga di panggil "korumbototoi". Korumbototoi adalah satu pusat lautan yang mampu menyedut apa saja yang mendekati kawasan tersebut. Menurut legenda Momogun Kisada, dalam pusat laut itu terdapat makhluk yang di kenal sebagai "Tulun Korumbototoi". Makhluk tersebut mempunyai saiz setengah dari saiz manusia biasa tetapi makhluk itu mempunyai kuasa yang paling menggerunkan. Kapal-kapal Korumbototoi jauh lebih berkuasa dan mampu terbang ke udara. 

Momogun Kigobvuk

Momogun Kigobvuk ini merupakan satu puak yang paling mahir dalam daratan. Mereka berkuasa di darat. Mereka meneroka bukit-bukau dan segala kawasan. Momogun Kigobvuk bermakna "Bersemangat Monyet" . Momogun Kigobvuk hidup dalam kumpulan tersendiri. Tidak banyak di ketahui mengenai Momogun Kigobvuk tetapi mereka ini terkenal sebagai pengumpul hasil-hasil tani. 

Momogun Kilzubva

Momogun Kilzuba ini merupakan satu puak yang tidak di kenal pasti identiti mereka. Momogun Kilzuba ini telah lesap dan mungkin berasimilasi sesama Momogun atau berasimilasi dengan bangsa asing yang datang ke Borneo pada zaman dahulu. "Bersemangat Lzuba" Lzuba adalah sejenis haiwan purba dan tidak di kenal pasti bagaimana rupa hidupan Lzuba tersebut.  

SEDIKIT TENTANG HUKUM GOMBURON

Dalam Hukum Gomburon setiap kesalahan jenayah haruslah di hukum bunuh. Jika seseorang di bunuh menggunakan senjata maka haruslah di hukum dengan menjadikan si pembunuh itu sebagai korban yang di sembelih. 

Kesalahan yang berat harus di jatuhi hukuman mati. Kesalahan zinah haruslah di hukum dengan memasukkan pesalah dalam sangkar Ikan (lukah yang besar) dengan memuatkan bersama bau besar yang di pilih sendiri oleh pesalah tersebut. Pesalah harus diikat dan mereka akan belayar ke tengah lautan lalu di tenggelamkan dalam laut. 

Hukum Gomburon ini mula lenyap apabila HUKUM GURAUMANUK iaitu Agama Lzabvus mula di gunakan setelah Aki Guraumanuk sebagai ketua Bobolizan membuat penukaran Hukum Gomburon kepada Hukum Agama Lzabvus. 

Konsep Hukum Gomburon itu adala hsama dengan konsep Hukum Guraumanuk tetapi perbezaannya mengorbankan pesalah dengan hukuman sampai mati di hapuskan oleh Aki Guraumanuk. Aki Guraumanuk menukarkan agar pelupusan DOSA-DOSA seluruh Momogun dapat di lakukan dengan melakukan Upacara Korban MANAGAS yang dilakukan setiap 100 tahun. Melalui Upacara  itu maka wujudlah sistem kitaran 100 tahun dalam bangsa Momogun. Selepas 100 tahun maka tahun pertama akan di mulakan kembali.

 
  Today, there have been 54 visitors (149 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free