Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Beluran
 

Google
 


Unduk Ngadau Beluran 2007
Ms Cherylanne Chok
24 yo
Dancing (Air Traffic Controller)


KLAGAN adalah merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut  yang pertama, disebabkan kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, pada tahun 1945 Pemerintah British telah memindahkan Pusat Pentadbiran ke Kaki Bukit yang di panggil Buludan oleh masyarakat tempatan, 

Pada Mulanya  nama daerah ini adalah Daerah Labuk Sugut BULUDAN, yang bererti bukit dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong. Ia merujuk kepada Bukit  yang merupakan 'Land Mark'  Pekan ini.

Pertukaran nama  terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggrish yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada  BELURAN dan kekal sehingga kini.

Pejabat Daerah Beluran telah ditubuhkan pada tahun 1945.   Encik  B.S  Willie merupakan Pegawai Daerah Beluran yang pertama pada tahun 1948.

Daerah Beluran terletak di Timur Laut Negeri Sabah, dan  berkongsi sempadan dengan:

bullet Sandakan
bullet Kinabatangan
bullet Ranau
bullet Pitas
bullet Kota Merudu
bullet Filipina


Rangkaian jalanraya telah dinaiktaraf ke jalan aspal.   Selain jalanraya terdapat beberapa batang sungai utama yang merupakan nadi perhubungan serta banyak mempengaruhi sistem penempatan penduduk seperti berikut:-

i.   Sungai Labuk
ii.  Sungai Sapi
iii. Sungai Tongod
iv. Sungai Sugut
v.  Sungai Lingkabau
iv. Sungai Paitan
vii.Sungai Tangkarason

Suku kaum utama yang tinggal di daerah ini ialah:-

i.    Dusun- Kadazan
ii.   Sungai
iii.  Tidong
iv.  Bajau Sabah
v.   Suluk Sabah

vi.    Rungus
vii.   Berunai
viii.  Dumpas
ix.    Cina
x.     Lain-lain

Source:
JABATAN DAERAH BELURAN

 
  Today, there have been 3 visitors (5 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..