Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Dayak.Home
 

numenmail.com


My Japanese name is Joruri Kusunoki.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

TAMADUN MOMOGUN RUNGUS
SENI ARKITEKS DAYAK DUSUN (MOMOGUN RUNGUS) 

Jenis-jenis Binaan Kota Kediaman dan Perumahan Momogun Rungus. Terdapat beberapa jenis tempat tinggal dalam suku Momogun Rungus baik kediaman sementara mahupun kediaman  jangka panjang.

Kediaman Rumah Panjang (Bvinatang) adalah satu Kota Kediaman dalam bangsa Momogun Rungus. Rumah Panjang mempunyai sistem tersendiri. 

Ketua Rumah Panjang di kenali sebagai VOZOON (Ketua Adat / Orang Tua) yang boleh menjatuhkan hukuman dan denda. 

Ketua Agama dalam Rumah Panjang di kenali sebagai BOBOLIZAN.  Agama Momogun Rungus adalah Agama Labus. Masih 20% daripada momogun Rungus masih mengamalkan Agama Labus. 

Ketua Pertahanan
dalam sesebuah rumah panjang di kenali sebagai
GALZAMAN TONSOMUNGON.

Rumah panjang merupakan satu kediaman peradaban bagi Momogun Rungus. Rumah kediaman ini merupakan binaan kebudayaan tahap tinggi dalam seni pembinaan bangsa Momogun. 

 
VALZAI SUSULZAP

Valzai Susulap (susulzap) - rumah sebiji-sebiji ada 2 atau 3 bilik dan ada Dapur Tinakang - Rumah kecil saja hanya ada satu bilik dan ada ruang tamu




Bentuk Sulzap adalah lebih kurang dari gambar di atas

SULZAP adalah rumah yang lebih kecil dari Valzai Susulzap. Hanya ada 2 bilik dan ada Damparon (Kaki Lima). Dapur biasanya adalah di luar dari rumah iaitu berasingan. 


Bentuk Tinakang adalah seperti dalam gambar


TINAKANG adalah satu tempat tinggal yang tidak mempunyai Damparon. Tinakang - Rumah kecil saja hanya ada satu bilik dan ada ruang tamu. Biasanya Tinakang adalah tempat tinggal untuk 3 bulan sahaja. Tinakang ini biasanya di buat di ladang-ladang bukit.

 


Bentuk Dxundung lebih kurang seperti gambar ini

DUNDUNG (DXUNDUNG) kediaman ini biasanya untuk sementara saja. Biasa di buat oleh para pengembara Momogun. Dxundung hanya di buat utk tempat berehat dalam pengembaraan sekitar 1 bulan lebih apabila berehat dalam pengembaraan mereka di satu-satu tempat yang terpencil di dalam hutan.  Sering di bina oleh pengembara (Ponoruvang) yang terdiri daripada beberapa orang.



Lzagang Sinonginan


Lzagang Sinongihing

LZAGANG adalah satu tempat untuk perhentian bagi beberapa hari. Sering di gunakan oleh pengembara semasa MONORUVANG dalam kumpulan yang ramai. Ada 4 jenis Lzagang iaitu Lzagang Sinonginan, Lzagang Sinandapak, Lzagang Pinapas dan Lzagang Sinongihing.


 MONORUVANG

Momogun Rungus apabila umur 16 tahun maka semua pemuda lelaki akan melalui satu perkara yang hampir serupa dengan ikhtiar hidup. Cara di jalankan adalah seperti ala-ala komander. Dalam bahasa kami ia di panggil "MONORUVANG" di mana pemuda tersebut akan di suruh mengembara dengan tidak membawa apa-apa bekalan dan hanya pakaian lengkap budaya Momogun Rungus dan parang serta lembing dan pais serta Vasoi (benda tajam boleh potong kayu jugalah tak besar saiznya dan di buat sendiri oleh tukang logam Momogun Rungus sendiri).

Dalam budaya kami yang di sebut MONORUVANG ini ia bergantung kepada kemampuan anda.. sama ada anda sanggup belayar atau tidak maka anda ikut darat. Dalam cerita lisan momogun rungus ada juga nenek moyang kami yang terpaksa bertempur seorang diri dan ada datuk kami yang terkawin di Sungai Tempasuk namanya Aki Japal.. Ada juga seperti Aki Kurudong dia membuat keputusan untuk MONORUVANG apabila abangnya di bunuh oleh pelayar dari Labuan. Aki Kurudong pergi MONORUVANG sampai di Lzobwuan (labuan) dan setelah bertarung dan tetap hidup dengan ilmu kebal yang dia pakai maka akhirnya Kurudong menjadi orang sana dan berkawin di sana. Namun di sebabkan orang yang membunuh abangnya melarikan diri ke Brunei maka Kurudong belayar di Brunei dan menurut cerita Kurudong membuat perkampungannya sendiri di sana. Pada tradisinya nenek moyang kami belayar ke Brunei utk mendapatkan logam, gong, dan alat-alat tembikar. Datuk kami yang terakhir belayar ialah bernama Aki Dwu. Aki Dwu berlayar ke brunei dan labuan utk bertukar barangan tembaga dan logam.

Dalam MONORUVANG ini ia adalah satu perjalanan yang anda harus pilih sendiri tetapi sebelum pergi haruslah di uji dahulu. Jika anda merancang berjalan jauh maka ujinanya ialah orang kampung akan membuat kenduri menggunakan kuali paling besar kami panggil Kavalzi. Mulut kuali semungkin 1 meter lebih diameter. dan kaki orang tersebut akan di masukan bersama kayu api dan di biarkan sampai daging dalam kuali tersebut masak. dan jika tidak berlaku apa-apa dgn kaki itu maka ia di benarkan MONORUVANG di mana-mana dia mahu pergi..

 BAHASA DAYAK OT-DANUM (DUSUN WITU) ADALAH SAMA DENGAN MOMOGUN RUNGUS DAN KDM YANG LAIN

numenmail.com

 
  Today, there have been 67 visitors (167 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free