Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Kebudayaan Momogun
 

Menurut kepercayaan Momogun Rungus manusia lampau merupakan manusia yang mempunyai kebudayaan yang maju. Kebudayaan tersebut telah lenyap kerana gagal menjalani hidup yang sederhana. Manusia pada asalnya adalah RUMANDAVI di mana manusia merupakan satu makhluk yang berkuasa (makhluk Sunduvan). Manusia tinggal dalam kemewahan dan senang-lenang di dalam rumah panjang yang di perbuat dari emas dan yang paling miskin rumah di perbuat dari batu. Demikianlah manusia ini hidup sebagai RUMANDAVI yang akhirnya jatuh dan di rendahkan status sebagai RINIBA (makhluk yang di rendahkan).  

Sehingga sekarang ini Momogun hanya mampu mengingati zaman lampau sebagai mitos yang terus diingati di mana satu sejarah yang mana manusia hidup dengan kemewahan dan di hukum dan di pisahkan sebagai RINIBA.

Maka bermulalah hidup RINIBA dalam suasana alam yang di kenali sebagai Pogun iaitu bumi ini. Momogun mengamalkan cara hidup sederhana dan tidak perlu keterlaluan. Mereka juga percaya bahawa manusia pada zaman dahulu daratan di bumi ini berasal dari satu tetapi pernah berlaku perang di mana akhirnya akibat perang itu bumi terbagi-bagi setelah di potong oleh Tuhan sebanyak 3 kali. Melalu kejadian itu manusia hidup masing-masing dalam daratan mereka. 

Sistem Pencatatan Tradisi

Tidak wujud sistem penulisan dalam bangsa Momogun. Namun terdapat juga segelintir pelayar Momogun yang mahir dalam penulisan jawi. Sungguhpun demikian jawi tidak menjadi cara pencatatan rekod dalam Momogun. Ini kerana sistem perekodan yang biasa adalah melalui satu ritual untuk menyimpan sesebuah sejarah dengan melakukan upacara korban. Segala kisah silam akan di lakukan penyerahan kepada semangat dan kisah tersebut boleh di dapati dengan memanggil kembali semangat tersebut untuk menyatakan kisah silam pada masa akan datang.

Bvangau  adalah alat yang merekodkan segala kejadian dalam lingkungan rumah mereka. Bvangau adalah berfungsi sebagai perekodan dan apa-apa saja yang berlaku mereka akan bertanya kepada semangat Bvangau tersebut dan tindakan lanjut akan buat berdasarkan mesej yang di berikan oleh semangat dari bvangau tersebut.

Undang-Undang

Undang-Undang dalam Momogun adalah bersumber daripada Hukum Gomburon dan Hukum Guraumanuk.. Terdapat 2 tokoh yang menciptakan adat dalam bangsa Momogun iaitu:

  • Bobolzizan Gomburon
  •  Bobolzizan Guraumanuk

 * Undang-Undang tersebut di kenal sebagaiHukum GomburondanHukum Guraumanuk”. Undang-Undang dalam bahasa Momogun di sebut sebagai HUKUM. Manusia boleh menjalankan HUKUMAN. 

Sehingga kepada Hukum Guraumanuk masih terdapat lagi hukum-hukum tambahan berdasarkan hukum guraumanuk dan gomburon. Dalam Suku Rungus terdapat ramai tokoh yang tersendiri dalam menjalankan dan menambahkan hukum-hukum dalam masyarakat seperti:

Aki Rungsud - pencipta hukum tanah dan kawasan
Aki Malaun - pencipta hukum dagang
Aki Sumbvanal - pencipta hukum bvadi / tomu 


Pemerintahan Kesukuan

Bangsa Momogun tidak mempunyai RAJA maka tiada sistem ke-RAJA-an. Bangsa Momogun di pimpin oleh 3 kelompok yang berpengaruh iaitu Bobolizan, Lzuguan Siou dan Vozoon. Lzuguan Siou adalah orang-orang yang terpilih iaitu hanya mereka yang sudah melalui ujian khusus. Pada zaman dahulu terdapat 4 kumpulan yang berdaulat, diakui umum untuk bertanggungjawab dalam Bangsa Momogun. Kelompok ini di dikenali sebagai lambang kekuasaan dan kedaulatan Momogun kuno di sekitar Kudat, Pitas, Marudu sehingga ke Beluran. Kelompok tersebut adalah Rungus Kikoniu, Rungus Kisada, Rungus Kigobuk dan Rungus Kilzuba. Keempat-empat kelompok ini adalah lambang kuasa dan kedaulatan Momogun dan mereka inilah yang bertanggungjawab dalam mempertahankan Tanah Momogun. Lambang Rungus Kikoniu adalah terdiri daripada Rungus Kirangavan dan Rungus Gandahon, Lambang Rungus Kisada adalah terdiri dari Rungus Pilzapazan, Rungus Gonsomon dan Rungus Nulzuw. Manakala Lambang Rungus Kigobuk adalah terdiri daripada Rungus Tupak dan juga Rungus Pilzapazan. dan Rungus Kilzuba adalah kelompok yang mengembara di pelusuk negeri dan tidak dapat di kenal pasti di mana sudah kelompok Kilzuba ini pada hari ini.   

 

Ø       Bobolzizan adalah bertugas sebagai Imam yang berhubung secara langsung dengan Kinoringan Mamangun. Bobolzizan tertinggi adalah di panggil sebagaiBobolzizan Rinovusan. Bobolzizan Rundukan adalah yang kedua tertinggi. Tugas ini merupakan bertujuan utk melupuskan segala dosa-dosa Momogun.

Ø       Lzuguan Siou adalah pahlawan-pahlawan yang juga di panggil sebagaiGolzom”, “GalzamanatauOnsomungon”.  Kelompok ini adalah penjaga-penjaga pantai Tanah Momogun di sekitar Kudat, Pitas, Kota Marudu sehingga ke Beluran

Dalam Momogun Rungus orang yang paling di kenali ialah Bobolizan Rovusan, Vozoon dan Galzaman Mononsiou (Lzuguan Siou).

Bobolzizan Rovusan merupakan paling berkuasa secara menyeluruh. Tugasnya ialah dalam sistem keagamaan Labus. Memastikan tiada pencerobohan dari pihak luar dan jika ada maka Lzuguan Siou akan menguruskan pencerobohan tersebut. Tugas utama utk jalankan upacara korban dan dalam semua jenis korban terdapat dua korban yang paling utama iaitu Raha Mamasi (upacara mamasi) dan Raha Managas (upacara Managas).

Vozoon adalah ketua dalam setiap rumah panjang. Segala hukum-hukum adat akan di kendalikan oleh Vozoon (orang tua). Vozoon akan jatuhkan hukuman atau denda. Vozoon akan di bantu oleh sekumpulan “momodlzohing” / “gundohing” yang telah matang dalam sistem adat momogun.

Galzaman Mononsiou (Lzuguan Siou), Galzaman Tonsomungon.

Bertugas khas untuk pertahanan. Galzaman Mononsiou ini merupakan kumpulan pahlawan tahap tinggi di mana mereka inilah yg paling di geruni di pesisir pantai. Mereka menjaga pesisiran pantai teluk marudu dan laut cina selatan. Galzaman Mononsiou ini di bantu oleh anak-anak muda yang juga memiliki tahap Tonsomungon.

Ketiga kelompok diatas tidak perlu membuat ladang. Mereka akan di sara oleh penduduk kampung. Kedudukan mereka di hormati dan berdaulat dalam sistem kesukuan Momogun Rungus.



Pengkhususan Pekerjaan

Pekerjaan utama pada asasnya adalah bertani sara diri. Ada beberapa jenis ladang dalam Momogun Rungus iaitu: 

  • - Tagad
  • - Taras
  • - Gopu
  • - Kabvun (Dusun buah-buahan

Sebenarnya tradisi laki dan bini kerja ini dah lama wujud dalam masyarakat rungus.

ini terjadi kerana pada zaman dahulu lelaki biasanya kerja di ladang padi.. manakala ada keluarga rungus ini yg isterinya sepenuh masa menguruskan kebun kapas untuk di tenun jadi pakaian. kerja-kerja ini memang sukar menyulam kain (mangavol) merupakan satu tugas berat.. selepas siap "MANGAVOL" maka kerja seterusnya ialah "MONURIP". Monurip bermakna "mencorakkan kain yang sudah di sulam dengan pelbagai corak menurut lambang2 kesenian momogun rungus".

jadi pengkhususan kerja ini menyebabkan orang2 rungus pada zaman dahulu perlu mengambil pekerja menjaga anak yg di sebut sebagai "KINAMBO" (Amah).


Agama Labus

Agama adalah sumber peraturan bagi bangsa Momogun. Agama Momogun adalah di kenali sebagai Agama Lzabvus.  


Momogun Rungus mempunyai agama tersendiri. Secara umumnya semua suku-suku di kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) mempunyai dasar kepercayaan yang sama. Agama Momogun Rungus di susun dengan cara tersendiri dan agama mereka di kenali sebagai “Agama Labus”. Sila rujuk http://www.momogun.page.tl untuk maklumat lanjut ttg kepercayaan Momogun Rungus - Agama Labus

Pembinaan Petempatan Terancang

Orang Momogun mempunyai petempatan terancang. Ada beberapa jenis tempat tinggal dalam masyarakat Momogun Rungus.
Rumah yang paling lengkap dan selamat adalah Rumah Panjang. Rumah panjang merupakan satu rumah yang selesa dan paling selamat. Rumah panjang yang belum mempunyai Galzaman (Lzuguan Siou) yang pernah menjaga pesisir pantai biasanya akan di tanam bambu di sekitar perkampungan mereka dan hanya satu jalan masuk saja yang diwujudkan untuk memudahkan mereka mempertahankan kediaman mereka.

Kehidupan Beroganisasi
 

Seperti pada zaman sekarang..wujudnya istilah Taman Perumahan.. dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rungus itu sudah lama di amalkan. Rumah panjang Momogun dalam saiz biasa ialah 40 pintu - 70 pintu. Sistem itu lebih kurang sistemnya dengan sistem sekarang. cuma bezanya dalam perumahan2 yg ada sekarang ini apabila di lihat dari perspektif Momogun rumah teres zaman moden itu tidak memenuhi sistem dalam kemasyarakatan momogun.

dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rumah panjang mempunyai ruang khusus utk sembahyang dalam setiap rumah, ada lamin (bilik suami isteri) yg dindingnya adalah sumbiling yang diikat rapat-rapat dan boleh di gulung pada masa siang… dan sebagainya..

Alatan-Alatan Kesenian & Pengkhususan Pekerjaan

Dalam masyarakat momogun rungus sesuai dengan sebuah masyarakat yang terlibat dengan hubungan luar momogun rungus mempunyai sistem tersendiri dalam uruskan produktiviti bangsa mereka.

ada beberapa pekerjaan yang terlibat dalam sistem kebudayaan momogun iaitu:

Ketukangan Logam
Biasanya kelompok ini adalah mereka yang mempunyai ketukangan dalam mengacu logam yang mereka dapat dengan berdagang dengan sulu dan brunei. Alat-alatan logam ciptaan momogun rungus adalah seperti:

 

  • Dangol

  • Ginulzuk

  • Bilzok

  • Lzambving

  • Bvinorudan

  • Vasoi

  • Lianggi

  • Karatip

  • Pais

  • Sapadang

  • Ukiran Gong

  • Gilzingan dan Kinsaran (alat bergerigi utk hancurkan biji jagung jadi)

  • Dan terdapat banyak lagi jenis-jenis senjata yang di hasilkan 100% menurut kreativiti dan budaya momogun rungus sendiri

     

Pertukangan Kayu
Momogun Rungus memang mempunyai kepintaran tersendiri dalam ketukangan kayu-kayan. Dari pembinaan rumah yang pelbagai jenis, ukiran rotan, alatan muzik, kraftangan, Gubvang, (perahu kecil) Talzud (perahu), Kumpit (bot), Lzazag (kapal layar) semua ini orang rungus mempunyai ukiran tersendiri. Selain daripada itu ada pelagai lagi jenis2 ketukangan kayu dalam masyarakat ini.

Alat-alat kayu ini juga dapat di temukan hasil kreativiti momogun rungus seperti lesung, lzingkut, goholzu, saging, saup, tinangabvan, bvozuu, bvinakid dan pelbagai lagi..malah sarung parang saja pun sudah satu ketukangan tersendiri bagi mereka..

Tenunan Kain
Orang Momogun Rungus terkenal pada zaman dahulu sebagai pedagang kapas (sulzanda). Sebelum kedatangan pokok Kapuk yang di bawah british orang2 rungus tidak lengkap sebagai sebuah keluarga kalau tidak ada simpanan SAKAG SULZANDA (biji benih kapas momogun). Sulzanda adalah tanaman wajib dalam momogun rungus. setiap perempuan tidak layak di lamar seseorang kalau tidak tahu menenun sekurang-kurangnya TISU KAPAS SULZANDA. Kepakaran ini di panggil sebagai MANGAVOL utk menenun manakala apabila di tenun akan di corakkan. Mencorakkan sesebuah tenunan di panggil sebagai MONURIP.

Seorang perempuan yang mampu hasilkan corakkan yang bagus dan corakkan cantik yg sesuai dengan kepercayaan Labus akan di panggil Sumuni Randavi (gadis pintar). lelaki Momogun Rungus pada zaman dahulu biasanya akan memilih bakal isteri yang tahu MONURIP (di rundingkan melalui ibu bapa). Itu sebab pada zaman dahulu seorang perempuan rungus mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat apabila di sedari tahap keseniannya melalui MONURIP.

Momogun Rungus juga telah mencipta tisu nipis dari kain kapas sejak dahulu kala.. dan banyak lagi kesenian momogun rungus yg sudah di lupakan oleh Momogun rungus sendiri. dalam keadaan yang terharu kerana kejahilan momogun kepada budaya sendiri saya menyeru agar pandanglah sekali-sekala masa silam anda dan jadikan ikhtibar.

Sistem Bahasa & Penulisan
Seperti mana bangsa-bangsa Nusantara yang lain, Momogun Rungus tidak mempunyai sistem penulisan. Ini kerana sistem pencatatan dalam budaya Momogun hanya di wariskan secara lisan. Sungguhpun demikian pencatatan secara upacara tertentu wujud dalam Momogun rungus.

Setiap rumah Momogun Rungus mempunyai “Bvangau” yg bertujuan utk merakamkan segala kejadian dalam sesebuah rumah secara spiritual.

Apabila memaparkan kembali kejadian tertentu maka sebuah upacara akan di buat untuk memaparkan kembali kejadian tersebut dengan memanggil semangat “bvangau” bagi menerangkan kejadian yg berlaku.

Biasanya Bvangau ini akan melaporkan kejadian secara “rundukan” (di hinggapi). “Rundukan” adalah satu situasi di mana Guvas seseorang di jadikan oleh semangat lzumaag sebagai "rusod" = takthanya.

Pada kebiasaan normal Guvas adalah taktha HATOD tetapi dalam konteks ini Guvas di pinjam sebagai taktha suci oleh semangat lzumaag.

“RUNDUKAN” adalah sama dengan situasinya dengan perkataan bahasa Ibrani iaitu “MEREHEPET”

 

Seperti pada zaman sekarang..wujudnya istilah Taman Perumahan.. dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rungus itu sudah lama di amalkan. Rumah panjang Momogun dalam saiz biasa ialah 40 pintu - 70 pintu. Sistem itu lebih kurang sistemnya dengan sistem sekarang. cuma bezanya dalam perumahan2 yg ada sekarang ini apabila di lihat dari perspektif Momogun rumah teres zaman moden itu tidak memenuhi sistem dalam kemasyarakatan momogun.

dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rumah panjang mempunyai ruang khusus utk sembahyang dalam setiap rumah, ada lamin (bilik suami isteri) yg dindingnya adalah sumbiling yang diikat rapat-rapat dan boleh di gulung pada masa siang… dan sebagainya.

Petempatan Kekal
Sungguh pun Momogun Rungus salah satu suku yang juga menerokai kawasan pesisir laut.. namun mereka tahu di mana asal mereka. Mereka mempertahankan kawasan mereka sehidup semati dan itulah petempatan kekal mereka. Kawasan rungus terbagi kepada beberapa petempatan kekal mengikut puak iaitu Puak Pilzapazan, Puak Gonsomon, Puak Nulzuw, Puak Gandahon, Puak Rungus Kirangavan (kg asal Aki Rungsud), Puak Rungus Tupak. manakala Rungus yg di luar dari daerah Kudat. Pitas, marudu di kenali sebagai Rungus Piromitan dan Rungus Tindal Sondot (mereka ini tertumpu di Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Kota Belud).

Di Pitas Kg Golzom di Kanibungan merupakan sebuah kg yg pada zaman dahulu merupakan kelahiran galzaman. Semua Galzaman Tonsomungon berpencar di seluruh kawasan Pitas utk memintas polipin yg masuk di teluk marudu. Dengan kerjasama dan saling fahaman yg baik antara Tombonuvo kebanyakan kawasan Rungus di pitas bersih dari campurtangan asing.

 

TENTANG KETUHANAN

Kinoringan Mamangun - Tuhan mewujudkan, membina, membangun, mengadakan
Kinoringan Mamasi - Tuhan memberi Nyawa utk hidup, campurtangan dalam hal-hal kebaikan sejarah manusia, sejarah kehidupan
Kinoringan Lzumaag - Tuhan yang memberikan hukuman, pembersihan, pembalasan dan kedurhakaan.

Ketiga sebutan diatas adalah mengenai peranan Kinoringan yg TERUS BERLANGSUNG TANPA REHAT dalam WAKTU.
Ciri Utama Kinoringan ialah OSUNDU (berkuasa dan tidak kelihatan dengan deria manusia)

TENTANG KEMANUSIAAN

Guvas / Tinan = tubuh atau jasmani satu binaan, ciptaan, reka seni (vinangun) oleh Kinoringan. Guvas mempunyai ciri tersendiri dan sesuatu yg kelihatan secara fizik. Guvas hanyalah komponen fizik yg di atur secara seni oleh Kinoringan.

Hatod = roh manusia yg khusus untuk di serasikan dengan reka seni Kinoringan dan di tempatkan dalam Guvas / Tinan untuk menggerakkan guvas. Hatod bersifat TOSUNDU iaitu tidak kelihatan oleh mata. Hatod berasal dari diri Kinoringan yang di kongsikan kepada kita.

Pinuhobo / Pasi = nyawa yang berterusan berlangsung tanpa henti-henti setiap saat dalam guvas hasil operasi gabungan antara Guvas dan Hatod maka PINUHOBO / PASI terus beroperasi sesuai dengan ciri-ciri yg sudah tersedia dalam Guvas dan Hatod. Pinuhobo tetap utuh selagi Guvas dan Hatod dapat beroperasi secara serasi.

 
  Today, there have been 74 visitors (195 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free