Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Konteks Sejarah Momogun
 

KONSEP MISTIK mengungguli segala konsep dalam sejarah Momogun.

Dalam menuliskan sejarah tentang Momogun Rungus ada beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan iaitu : 

- Sejarah Lisan
- Kuasa Mistik

Bangsa Momogun tidak mempunyai sistem penulisan seperti suku-suku lain yang hanya bersandarkan pada sejarah lisan. 

Sejarah Lisan merupakan satu cara  pendidikan Momogun.  Selain daripada itu bentuk-bentuk mistik wujud dalam masyarakat Momogun. 

Pada kebiasaannya cara penulisan berkonsep logika sahaja yang di akui oleh kebanyakan penulis dan pengkaji akademik. Namun ternyata dalam bangsa Momogun konsep MISTIK mengungguli konsep LOGIKA dalam sejarah bangsa ini. 

Dalam dunia ini menurut fahaman Momogun (Dayak), ada dua konsep yang menjadi perhitungan dalam kehidupan iaitu:

- Konsep Logika 
- Konsep Mistik

Bangsa ini merentasi sejarah mereka dalam hubungan mereka dengan semangat-semangat atau kuasa-kuasa MISTIK. Banyak perkara yang mereka tembusi sempadan logikanya dengan ilmu-ilmu tertentu yang telah membantu mereka mempertahankan masyarakat mereka dari di campuri oleh kuasa asing.

Sistem masyarakat ini di kendalikan secara AGAMA melalui kepercayaan Lzabvus sejak turun-temurun dan itulah yang menuntun mereka dan itulah sistem pertahanan mereka untuk terus bertahan di Tanah Nenek Moyang mereka.   

Di bawah adalah satu kupasan yang belum lengkap tentang pengkategorian Sejarah Lisan Momogun. 

MAAF BELUM DI KEMAS KINI! Sedang dalam pembinaan.

TUTURAN
Tuturan adalah himpunan sejarah lisan yang berkaitan dengan kisah silam manusia. Tuturan ini adalah meliputi tentang kisah-kisah lampau pada zaman Kodori. Zaman Kodori ialah zaman purba. Contoh-contoh Tuturan dan Usuran ialah:

1. Hikayat Aki Nuwah atau Nuva iaitu kisah banjir besar (lzusuvon), asal padi dan kapal besar seperti rumah panjang. melalui kisah ini kononnya rumah panjang Momogun Rungus ini adalah berdasarkan kepada kapal Nuva.

2. Hikayat Nunuk Ragang dan Aki Rungsud kisah mengenai ramalan masa depan Momogun dan asal-usul Rungus, Kadazab dan Dusun.

3. Hikayat Aki Sook, kisah mengenai asal usul nama kota marudu.

4. Hikayat Aki Malaun, kisah mengenai pembukaan kg angkob yang terletak di tomburulan. sebuah tempat di mana Aki Malaun membuka kawasan untuk ternak kerbau milik pedagang brunei dan Aki Malaun menguatkuasakan undang-undang dagang dengan setiap ekor anak sulung kerbau dari pedagang luar yang di ternak di tanah Momogun akan menjadi milik Momogun. Jika anak sulung ternak tersebut adalah jantan maka anak betina yang seterusnya adalah milik momogun. 

5. Hikayat Aki Kurudong, hikayat Aki bagu, hikayat Aki Japal dan banyak lagi. 

6. Aki Kulindog sebagai pahlawan menentang British

7. Aki Tumanggung Karantud yang di kenali sebagai Raja Rungus Terakhir yang di tangkap British.

8. Pelayaran Aki Lzinggab dan 4 orang kawannya di Palawan.

9. Pelayaran Aki Du'u di Brunei

10. Aki Komunta pahlawan Rungus yang menjadi pengikut Mat Salleh


USURAN
Himpunan cerita yang berlaku pada zaman lzongit kodori iaitu masa purba lampau.

1. Usuran Garagas/Garagasi yang terakhir di bandau. Menurut cerita ini gergasi hidup bersama-sama dengan Momogun pada Zaman Lzongit Kodori  iaitu pada zaman purba lampau.

2. Usuran Tombolzog Bvugang iaitu cerita mengenai salah satu zaman di mana manusia di ancam oleh burung garuda. 

3. Pelayaran di Korumbotoi yang mana sebuah tempat di tengah lautan yang mampu menyedut apa saja senjata logam. Kononnya cerita ini hanya mereka yg mempunyai senjata yg tidak berunsurkan besi sahaja yang boleh di bawa ke kawasan itu. Korumbototoi ini juga di kenali sebagai Pusat Lautan.

Banyak lagi cerita yang mengisahkan tentang usuran iaitu kisah cerita mengenai kisah sehari yang lebih panjang dari hari-hari biasa dan menyebabkan kepanasan luar biasa. Kisah Mogun Dahali dan Pintal Bvasi yang berperang pada zaman monirang (belerang) dan banyak lagi. 

TANGON
Cerita dongeng yang di reka sendiri untuk hiburan.Cerita ini lebih kepada cerita-cerita hiburan seperti kisah sang kancil, kisah perang si kupu-kupu dan beruk, buaya dan banyak lagi cerita ttg haiwan. 

 
  Today, there have been 5 visitors (12 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..