Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Momogun Head Hunter
 


contoh "Tangkob" Momogun Rungus

Konsep Pangazou dalam Momogun Rungus adalah hanyalah tindak-balas terhadap perlanggaran hukum Momogun oleh bangsa lain.

Secara hukum Momogun Rungus tidak mempunyai tradisi menerokai pelosok tanah kepulauan Borneo untuk sengaja menjalankan kegiatan "memotong leher manusia". Dalam hukum-hukum agama lzabus tindakan seumpama akan menjadi satu kegiatan apabila terdapat bangsa lain atau pendatang luar yang menggali tanah lebih dari 2 kaki maka Momogun  mempunyai hak mempertahankan kawasan mereka dengan memotong leher tersebut. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini maka kenalah merujuk kepada Hukum-Hukum Tanah yang ada dalam bangsa Momogun dan Hukum-Hukum Berdagang dengan pihak luar dalam sistem barter. 

Adalah satu tugas dan tanggungjawab bangsa Momogun untuk membersihkan pencobohan dan pencabulan adat momogun, demikian menurut perspektif kerohanian mereka pada zaman itu maka tercetuslah rutin untuk melakukan "pemburuan kepala" atau seperti yang di kenali ialah "pengait", "pengayau" atau dalam bahasa aslinya "pangazou" bagi tujuan mempertahankan kedaulatan suku Momogun. 

Istilah Pangazou ini adalah kata yang wujud dari cara mempertahankan Tanah Momogun iaitu apabila berlaku pelanggaran orang asing di Tanah Momogun maka mereka akan mendapat mesej dari semangat Kinoringan Lzumaag untuk lakukan kerja-kerja "Mangazou". Pencerobohan dari pihak asing dengan berlakunya pelanggaran atau mengusik kawasan-kawasan tertentu di Tanah Momogun akan menyebabkan Kinoringan Lzumaag akan menyampaikan mesej bahawa Momogun perlu Mangazou dengan memotong kepala penceroboh asing kerana mengusik kawasan-kawasan Tanah Momogun adalah di sifatkan sebagai satu serangan maka serangan balas adalah memotong kepala pencerobohan tersebut. 

Serangan terhadap Momogun bermakna "apabila ada pihak bangsa lain yang menggali tanah lebih dari 2 kaki maka itu secara langsung satu serangan terhadap kedaulatan Momogun. Ini kerana hanya Momogun yang layak menggali tanah melalui kebenaran Kinoringan Lzumaag." 

Jika Momogun tidak melakukan serangan memotong kepala maka Tanah Momogun akan di cemarkan dan datanglah penyakit wabak kepada penceroboh tersebut dan akan menular kepada bangsa Momogun. Maka itulah peri-pentingnya tindakan "pengait" ini sebagai menghalang pencerobohan dan penularan penyakit kepada Momogun yang di bawah oleh pihak pendatang. 

Konsep ini adalah konsep Momogun Laut di mana mereka tidak di benarkan mengait kepala kepada sesama Momogun yang lain. Hanya pencerobohan dari pihak "mizonvaig" (orang-orang asing dari seberang laut).  

 
  Today, there have been 5 visitors (25 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..