Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Objektif.MRC
 

OBJEKTIF MRC 
(MOMOGUNOLOGY RESEARCH CENTRE)

MRC mulakan penelitian mengenai kebudayaan Momogun Rungus pada tahun 1998 di Kuala Lumpur di mana pada masa itu maklumat-maklumat yang ada di simpan di web peribadi www.jjjlking.s5.com . 

MRC diasaskan oleh J.Lumungking di mana pada masa itu penyelidikan asas yang di teliti ialah berkaitan dengan AGAMA LABUS iaitu agama purba Momogun Rungus. 

Kajian pada masa itu lebih tertumpu pada ciri-ciri Agama Labus dan sumber-sumbernya. Penyumbang utama dalam sumber-sumber ini En. Lumungking Mangazil dari kampung Angkob Tambuluran.

Pengumpulan maklumat sejarah lisan terus di kumpulkan dan sedang di muatkan dalam web MRC ini untuk tatapan masyarakat generasi Momogun Rungus pada hari ini. 

VISI & MISI

Visi :
Masyarakat Momogun mampu menentukan dan mengelola kehidupan sosial, budaya, ekonomi dan politiknya menuju pembangunan dalam semangat persaudaraan untuk merebut kembali maruah, martabat dan kedaulatan bangsa Momogun (Dayak Laut).

Misi :
Memperjuangkan kebudayaan kebangsaan Momogun 
agar tradisi, sosial dan ekonomi terus meningkat secara seiringan. 

Nilai-nilai Dasar :
Keseragaman, Persaudaraan, kemerdekaan minda, hak asasi manusia, demokrasi, keterbukaan, keadilan, kebersamaan agar martabat dan kedaulatan bumiputera momogun terus terjamin.

MAAF!
SEDANG DALAM PEMBINAAN 
 
  Today, there have been 3 visitors (56 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..