Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Pitas
 

Google
 

 

 

PITAS adalah berasal daripada perkataan "NOPITAS" satu perkataan suku kaum Sungai yang bererti terputus. Pada masa itu, Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan "NOPITAS" (terputus diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang).

Latar Belakang Daerah Pitas

Diiktraf sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun 1975. 

Terletak kira-kira 195KM dari Kota Kinabalu dan 132KM dari Kudat. Bersempadan dengan daerah Kota Marudu di sebelah barat dan Beluran dan Paitan di sebelah timur. 

Keluasan Daerah Pitas ialah 141,935 hektar dan topografinya berbukit bukau dan tanah rata. 

Mengikut bancian tahun 1991, penduduk Daerah Pitas berjumlah 24,143 orang dan kini dianggarkan meningkat kepada 30,000 orang. 

Source:
Pejabat Daerah Pitas

LEG ENDA PITAS MENURUT MOMOGUN RUNGUS

Pitas pada asalnya di panggil sebagai Tupak yang bermakna "seberang". Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu. Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan ILMU HITAM SINDAAT MOGKORUDU yang di lancarkan oleh Aki Sook. PITAS adalah merujuk kepada PETEMPATAN di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa ialah di sebelah Sungai Bengkoka.

Sejak hari itu kawasan tersebut yang di kenali sebagai TUPAK turut di panggil sebagai PITAS iaitu setelah menyeberangi kawasan tersebut orang-orang Teluk Bandau tidak lagi menjadi mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu.  

Sebutan PITAS berasal dari perkataan "NOPITAS" atau "MINITAS" iaitu selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu. 

Pada hari ini TUPAK tetap di gunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah berlaku sesama Momogun pada zaman lampau. Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang mengelak untuk mengatakan PITAS untuk tidak menyinggungkan lagi persengketaan dahulu. Namun sebutan PITAS ini kembali di gunakan pada zaman ketua Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang pernah di buat oleh Aki Sook melalui ritual tertentu  bagi tujuan upacara-upacara keagamaan Labus pada zaman itu. 

Source:
LEGENDA MOMOGUN RUNGUS

LEGENDA PITAS
 
  Today, there have been 3 visitors (19 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..