Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Pitounan Tarob
 




 


Gambar Ilustrasi Tarob sedang 
membaham hak-hak Momogun di tanah Momogun

TAROB adalah seekor NAGA JAHAT dalam kepercayaan Momogun Rungus dan ia adalah melambangkan kuasa asing yang ingin menghapuskan hidup Momogun. Dalam Legenda Momogun, Tarob tidak pernah ada kemampuan membinasakan dan merampas hak Momogun kerana Kinoringan Mamangun (Tuhan pencipta) telah membuat janji kepada Momogun bahawa tiada kuasa mana-mana yang mampu menghapuskan Momogun dari Tanah Momogun ini. Jika seandainya itu berlaku menurut kepercayaan monirang (gunung berapi) akan muncul di tanah Momogun dan Pital Bvasi dan Mogun Dahali akan kembali lagi untuk berperang buat Momogun. Momogun mempunyai kepercayaan bahawa Gerhana Matahari yang berlaku di Matunggong adalah satu KOPIZO untuk bangsa mereka agar kembali bangkit dan mengejar perubahan zaman ini untuk bangkit sebagai satu pesaing yang sihat kepada pihak lain di Tanah Momogun sendiri. Dan menurut kepercayaan itu, Momogun akan berjaya keluar dari kotak lampau seperti mana Gerhana Matahari itu hanya berlalu sebentar dan bukanlah kekal. 

PITOUNON TAROB

PITOUNON TAROB
adalah merujuk kepada Zaman Millenium sekarang ini iaitu bermula dari tahun 1995 - tahun 2095 dalam konteks Agama Lzabvus. Pitounan Tarob adalah calender baru yang di buka setelah 200 tahun lebih tidak pernah melakukan UPACARA MANAGAS dalam Agama Lzabus. 

Pada zaman ini Dayak Rungus (Momogun Rungus) ini tidak perlu lagi melakukan Upacara Managas. Pitounon Tarob merujuk kepada simbol BESAR MOMOGUN melalui berlakunya GERHANA MATAHARI DI MATUNGGONG pada 1995. 

Menurut kepercayaan dan tafsiran orang-orang tua Momogun Rungus, kejadian Gerhana adalah satu perkara yang paling penting dalam bangsa Momogun (Dayak). Gerhana adalah satu isyarat atau mesej yang tidak boleh di lepaskan begitu sahaja menurut tradisi Momogun. Itu sebab dalam tradisinya Momogun Rungus apabila berlaku gerhana bulan atau matahari maka upacara Mitonggunggu akan di lakukan sebagai satu Demonstrasi kepada Kinoringan Mamangun (Pencipta Langit dan Bumi) bahawa mereka menuntut KOPIZO (petanda yang baik dan sejahtera) bagi kaum Momogun. 

Maka Gerhana Matahari yang berlaku dalam tahun 1995 di Matunggong Kudat adalah satu kisah DRAMATIK dan satu MESEJ UMUM buat Momogun Rungus melalui kepercayaan dan ramalan para Tua-Tua. Menurut kepercayaan mereka, ia adalah satu tempoh 100 tahun kehadapan. Di mana secara kebangunan, kesedaran, perjuangan, pendidikan dan politiknya TANAH MOMOGUN akan di monopoli oleh bangsa lain dan tidak lagi seperti kekuasaan Nenek Moyang mereka yang DIGERUNI DI UTARA SABAH SEJAK PURBAKALA. Dan mesej itu juga bertujuan untuk memberikan satu PERINGATAN kepada Momogun Rungus untuk BANGKIT KEMBALI dari dihanyutkan oleh DUNIA ZAMAN INI yang tidak menjanjikan apa-apa kecuali berubah. Mesej itu memberikan peringatan kepada Momogun Rungus untuk sedar kembali tanggungjawab lampau iaitu memperjuangkan hak dan maruah nenek moyang dalam segala hal yang sewajarnya bagi bangsa Momogun.  

Namun menurut kepercayaan, perkara itu hanyalah sementara dan tidak  begitu lama. Disebabkan kejatuhan Momogun Rungus dimana suku Dayak Rungus ini masih ketinggalan akan menjadi titik-tolak untuk bangkit dari tidur yang nyenyak. Maka pada masa yang sama bangsa Momogun akan menjadi TUMPUAN RAMAI dan selepas itu Momogun akan kembali CERAH umpama GERHANA MATAHARI yang akhirnya akan terbit terangnya. 

Demikianlah PITOUNON TAROB ini berlangsung pada tahun-tahun ini. Pitounon Tarob ini akan kita lalui bersama dan mempertahankan agar generasi kita Momogun tidak jatuh dalam budaya-budaya yang merosakkan serta kompromi dengan rasuah dan sebagainya. 

Pitounan Tarob adalah masa anda dan semua untuk memajukan diri kita agar menjadi cucu-cicit kepada nenek moyang kita Momogun Borneo yang juga di kenali sebagai Dayak Borneo. 

By : 
Sakag Momogun Rungus (Rungus Dyak)




Gambar Ilustrasi Tarob sedang 
membaham hak-hak Momogun di Tanah Momogun


     

 
  Today, there have been 19 visitors (63 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free