Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Seni Arkitektur
 
Google
 

 


Pelan Bvinatang Secara Umum


Pelan Sirang Secara Umum

BVINATANG 

 

Bvinatang atau Rumah Panjang adalah kediaman yang paling lengkap dalam bangsa Momogun Rungus. Rumah Panjang ini merupakan sebuah kediaman yang mempunyai tempat Dorizan (ruang keagamaan), Lamin (bilik suami-isteri), Ongkob Tanganak (bilik anak-anak), dapur, vahat dan Abvai (stor barangan logam dan tembikar), Sirang (ruang keluarga), Apad (ruang tetamu), Tingkang (ruang umum), Dzapul, Ropuhan, paha dan sebagainya.

Walau bagaimana pun pelan yang ada di sini adalah pelan yang umumnya atau kebiasaannya di temui. Menurut sebuah legenda Momogun Rungus terdapat rumah panjang yang besar pernah di bangunkan oleh seorang tokoh Momogun iaitu Aki Bvolzoti dan Aki Turulzangod. Kedua mereka ini adalah Vozoon (ketua kampung) yang bergabung dalam membangunkan Bvinatang.  Mereka membuatnya di Kg Buanog pada zaman purba. Kg Buanog masih wujud lagi pada hari ini tetapi di mana letakkannya asas rumah panjang itu tidak di ketahui. 

Menurut cerita Bvinatang yang di bina mereka mempunyai 2 tingkat di mana bahagian tingkat 1 untuk menyimpan harta benda dan tingkat kedua adalah menara untuk membuat ritual keagamaan. 

Di sebabkan ketika mereka membuat upacara MAGAHAU yang melanggar hukum Agama Lzabvus dan melupakan cara "KESEDERHANAAN DALAM MAGAHAU" maka rumah panjang yang tersergam indah itu telah di telan bumi melalui kejadian "lzunsuton" (gempa bumi). 

Maka melalui kesedaran itu Momogun Rungus tidak lagi mengamalkan cara pembuatan rumah panjang yang sedemikian kerana mendapat pengajaran dari kejadian itu dimana boleh menyebabkan sikap leka dan lalai dalam tanggungjawab agama mereka. 
 
  Today, there have been 3 visitors (69 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..