Unduk Ngadau Kota Marudu 2007
Ms. Jurinah Johnny
21 yo
Travelling (Lecturer)
ASAL-USUL KOTA MARUDU
Asal-Usul Kota Marudu adalah BANDAU aiaitu merujuk kepada MONDOU dalam bahasa Momogun Rungus.
Manakala asal-usul MARUDU adalah merujuk kepada legenda BANDAU. Bandau setelah berzaman lamanya menjadi pusat Perdagangan Momogun Rungus dan Momogun Tombonuvo. Bandau dalah satu pusat pembekalan Pisang dan Ubi Kayu serta hasil-hasil hutan yang di beli pihak Sulu dan Brunei. Kawasan teluk bandau adalah di kuasai oleh kumpulan Pahlawan Momogun Rungus yang di kenali sebagai Golzom Tonsomungon.
Dalam kemuncak perdagangan barter Momogun di teluk Bandau tersebut maka berlakulah persengketaan dari segi kekuasaan dalam sistem pemerintahan kesukuan Momogun Laut. Di mana Bandau merupakan satu pusat perdagangan barter yang secara tradisinya di buka sejak zaman Rungsud tersebut mula di kuasai oleh Suku Rungus Pilzapazan dan Rungus Gonsomon.
Rungus yang menguasai Bandau secara tradisi itu adalah Rungus Bandau (Rungus Kirangavan dan Rungus Gandahon). Di sebabkan monopoli di pihak Rungus Pilzapazan termasuk kekuasaan itu maka wujud hubungan yang renggang dikalangan Momogun antara Bandau dan Kudat.
Disebabkan dalam adat Momogun bukanlah satu yang di izinkan secara adat kalau bermusuhan secara melibatkan serangan fizikal maka mereka bersetuju merebut kekuasaan melalui satu peperangan secara kuasa Sihir.
Maka terjadilah perang secara kuasa mistik antara suku-suku Momogun Rungus. Momogun Rungus di Matunggong adalah puncak kekuasaan Rungus Pilzapazan dan di kawasan Marabahai adalah kekuasaan kesukuan Gonsomon. Di tengah-tengah sempadan Pilzapan dan Gonsomon ini adalah campuran pilzapazan dan gonsomon yang di kenali sebagai Rungus Nulzuw.
Ketiga suku ini adalah pemerintah kesukuan Momogun Laut bahagian Kudat. Manakala Momogun Rungus Bandau, Momogun Tombonuvo dan Rungus Gandahon adalah di kawasan Bandau.
Peperangan ini di lakukan dengan menggunakan sejenis Ilmu Hitam yang di kenali sebagai SINDAAT dalam bangsa Momogun Laut. Sindaat adalah satu kuasa yang paling di geruni dalam bangsa Momogun Laut. Sindaat adalah satu pertahanan yang bangsa ini untuk menyerang balas atau melepaskan kemarahan tanpa mengganggu ketenteraman dan keamanan. Sistem ini adalah perang tanpa melanggar sempadan undang-undang adat masa itu.
Setelah serangan demi serangan maka akhirnya banyaklah korban sindaat yang terjadi ada yang muntah darah, sakit perut, perut kembung dan meletup, ada yang jadi gila dan pelbagai jenis-jenis Sindaat yang di lancarkan baik dari Bandau mahupun dari Matunggong.
Maka dalam perang Sindaat itu seorang Bobolizan yang cuba menghentikan perselisihan itu telah juga di serang sindaat. Aki Sook adalah seorang Bonolizan tahap tinggi yang di kenali sebagai Bobolizan Rinovusan iaitu ketua kepada semua Bobolizan. Aki Sook adalah berperanan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam Upacara Managas pada zaman itu. Seorang Bobolizan Rinovusan yang mempunyai alat "PAMASI POGUN" (Pamasi Pogun adalah bermakna menghidupkan kembali dunia) maka Aki Sook adalah salah seorang yang memilikinya kerana itu merupakan tugasnya pada zaman itu.
Aki Sook berkata dengan penuh kekecewaan dan berkata dengan lembut kepada ketujuh semangat yang menjaga Momogun Laut seperti ini "Sunduvan, apalah gunanya lagi Pamasi Pomogunan ini kalau manusia yang ada di Tanah Momogun ini tidak ada kedamaian."
Lalu dengan penuh kekecewaan Aki Sook memecahkan sejarah Momogun dengan memutar-balikkan fungsi Pamasi Pogun tersebut kepada "Pamatai Pogun".
Pamasi Pogun kini di terbalikkan manteranya untuk menjadi Pamatai Pogun iaitu "pembunuh semua kehidupan".
Lalu Aki Sook melancarkan Pamatai Pogun tersebut di seluruh kawasan Bandau. Aki Sook berkata "inilah Sindaat Mogkorudu dimana sesiapa saja yang sedih, berkabung dan menangis terhadap kematian akan mati serta merta termasuk haiwan ternak, benda-benda hidup yang melekat di rumah, di bawah rumah dan tanaman-tanaman akan layu sebab apabila Pamasi Pogun tidak ada gunakanya lagi maka ia akan menjadi pahit dan menjadi Pamatai Pogun iaitu Pembunuh semua kehidupan."
Demikianlah Aki Sook melancarkan Sindaat yang diciptakannya tersebut. Sejak itu ada saja kematian di tempat tersebut. Ada saja tangisan atau kesedihan diakhiri dengan kesedihan yang paling mengejutkan. Oleh sebab Sindaat Mogkorudu itu tidak dapat dielakkan oleh sesiapa saja maka Bandau menjadi kosong dan bukan pusat perdagangan barter lagi. Kawasan-kawasan mulai di buka di kawasan-kawasan kecil seperti di Toringai, Morimbou, Andarason, Patah, Sungai Tamburulan, Vingolon, Torungkungan sehinggalah ke Kudat. Teluk Bandau menjadi kengerian selama bedekad-dekad dan sekurang-kurangnya hanya selepas 50 tahun dari pelancaran sindaat Aki Sook barulah bandau boleh di huni dengan baik menurut kalendar Momogun Laut iaitu selepas upacara Mamasi yang dilakukan setiap 50 tahun. Manakala Momogun yang tinggal di sekitar Bandau keluar dari Bandau dan menjejaki perkampungan penjaga pantai Momogun ke kawasan Tupak. Mereka berpindah ke Tupak untuk keluar dari sempadan Sindaat Mogkorudu tersebut. Mereka menamakan kawasan di luar dari Sindaat Mogkorudu sebagai Pitas. Asalkan mereka kenal-pasti kawasan tersebut sebagai satu tempat yang selamat dari zon Sindaat Mogkorudu maka mereka sebutnya sebagai Pitas. Sehingga hari ini nama Tupak tekah bertukar sebagai PITAS.
Namun selepas Upacara Mamasi itu masih sedikit lagi Momogun yang kembali ke Tanah Bandau tersebut. Pada masa itulah iaitu menjelang 100 tahun selepas Sindaat Mogkorudu itu berlaku seorang ketua lanun mengambil kesempatan untuk membina kubu di bandau iaitu Sarif Osman. Sarif Osman membuat kekacauan di kawasan teluk marudu tersebut dan mencipta nama di kawasan tersebut.
Seorang pedagang Brunei yang di kenali Momogun sebagai Ta Bai (Tok Lebai) telah di serang oleh Sarif Osman dan kehilangan segala barangan dagangannya kerana di rompak oleh Sarif Osman. Lalu Ta Bai ini membuat aduan kepada penjaga pantai Momogun di kawasan Matunggong yang bernama Aki Kolzobon. Kolzobon adalah seorang Golzom Tonsomungon. Aki Kolzobon menyerang Sarif Osman seorang diri. Disebabkan tanah Momogun ini adalah meterai dengan semangat-semangat yang menjaga bangsa Momogun maka Aki Kolzobon menyampaikan mesej kepada Sarif Osman bahawa dalam masa 1 bulan sekiranya Sarif Osman tidak keluar dari Tanah Momogun dia akan mengalami pelbagai masalah. Lagi Aki Kolzobon mengatakan bahawa disebabkan Sarif Osman tidak menghormati semangat yang menjaga Momogun maka Sarid Osman akan terkena dengan Sumpahan Gandawali. Untuk membuktikan bahawa sumpahan itu benar maka Aki Kolzobon menetak tengkolok Sarif Osman dan terpotong lurus tanpa tangkolok Sarif Osman jatuh dari kepalanya. Dan apabila Sarif Osman memijak kembali Tanah Momogun selepas lari dari kawasan teluk marudu maka akibatnya Sarif Osman akan tidak dapat keluar lagi dari tempat itu dan hanya menunggu ajal. Aki Kolzobon memberitahu Sarif Osman bahawa disebabkan kesilapannya itu maka Sarif Osman akan di terjepit dari serangan Brunei dan jika terepas dari Brunei orang Momogun akan membunuhnya dan jika terlepas dari Momogun maka akan di buru oleh British.
Demikianlah Sarif Osman sebagai ketua Lanun dan penguasa bebas di teluk Marudu dan akhirnya termakan Sumpahan Gandawali oleh Aki Kolzobon.
Demikianlah juga BANDAU bertukar nama menjadi MOGKORUDU (MARUDU) dan membuka ruang kepada Ketua Lanun Sarif Osman semasa kekosongan Bandau selama hampir 100 tahun lamanya.
Legenda Momogun Rungus
|