SEDIKIT PENGENALAN MENGENAI DOKTRIN AGAMA LABUS (bunyi: Lzabvus)
Apabila ingin menceritakan mengenai NUNUK RAGANG secara serius elok kembali belajar itu ilmu pengetahuan AGAMA LABUS. AGAMA LABUS adalah satu agama yang di namakan oleh BOBOLIZAN GURAUMANUK. Dia menamakannya sebagai AGAMA LABUS yang bermakna;
Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:
- AGAMA – berasal dari bahasa Rungus yang bermakna "BOLEH DI LAKUKAN"
- ‘A’ - boleh
- ‘Gama’ - buat / lakukan.
- AGAMA bermakna boleh di lakukan atau baik di lakukan di izinkan atau di perkenankan.
- LABUS – bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus
Agama Labus bermakna
SATU SET HUKUM-HUKUM MOMOGUN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MELEPASKAN MEREKA DARI HUKUMAN, LAKNAT, SUMPAHAN ATAU MURKA DARI TUHAN.
Mengapa perlu ada AGAMA LABUS?
Menurut Bobolizan Gomburon dan Bobolizan Guraumanuk, manusia ini pada asalnya adalah
DEWA atau Makhluk Ilahi. Setelah di hasut atau termakan hasutan
ROGON iaitu anak
KINORINGAN MAMANGUN sendiri, manusia yang wujudnya Dewa itu telah ikut serta merebut kedudukan KINORINGAN maka akhirnya KAVANUSAN (Syurga) telah huru-hara dan KINORINGAN mematahkan bala tentera
ROGON dan menjatuhkan hukuman kepada pengikutnya.
Manusia adalah salah satu yang termakan kata-kata ROGON maka akhirnya manusia yang di panggil sebagai Dewa (RUMANDAVI) pada asalnya kini di panggil
RINIBA.
RINIBA adalah dari kata
SIBA yang bermakna RENDAH. Iaitu
Riniba membawa
makna
"makhluk ciptaan KINORINGAN MAMANGUN yang telah direndahkan statusnya. [Vangun do Kinoringan dot ininsibakan]. Maka dalam bahasa Momogun Rungus MANUSIA di sebut sebagai
RINIBA.
Untuk mengelakkan dari KUTUKAN dari KINORINGAN terhadap mereka yang mengkhianati Kinoringan maka wujudlah jambatan penghubung antara Kinoringan dan bangsa Momogun iaitu AGAMA LABUS yang di perturunkan kepada Bobolizan Guraumanuk untuk memperbaharui HUKUMAN KERAS yang di perturunkan sebelumnya kepada Bobolizan Gomburon.
AGAMA LABUS yang di wartakan Bobolizan Guraumanuk ini menghapuskan HUKUMAN MATI seperti memasukkan pesalah yang membunuh orang ke dalam BUBUH dgn BATU lalu di buang ke dalam Sungai Deras atau Laut.
Melalui hukum Guraumanuk dengan setiap DOSA-DOSA orang Momogun boleh dibayar dengan MENGORBANKAN haiwan ternak seperti AYAM (nilai ayam bergantung kepada warna hitam / putih warna lain tidak diterima), atau kesalahan besar korbankan KHINZIR atau KERBAU dan sebagainya. Khinzir adalah yg paling bernilai korbannya dalam Agama Lzabvus.
Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina, curi, penipuan, pembunuhan dan segala bentuk dosa2 manusia yang dilakukan dalam masa 100 tahun yg lepas. Dosa2 itu harus di lepaskan dengan mengorbankan seorang manusia yang suci bagi membayar segala hutang dosa manusia selama 100 tahun yg lepas. Managas bermakna "MELUPUSKAN HUTANG DOSA". MANAGAS harus di lakukan dan WAJIB kerana adalah satu perkara yg mustahil korban darah haiwan ternak mampu membayar hutang dosa manusia, maka pembayaran segala dosa umat manusia ini harus di bayar dengan mengorbankan seorang teruna/perawan yg suci. Jika HUTANG DOSA UMAT MANUSIA (momogun) tidak di bayar oleh upacara managas ini maka ia akan menyebabkan seluruh dunia bukan momogun sahaja yang akan ditimpa segala fenomena alam dan juga penyakit2 ganjil. Wabak akan terus menjadi-jadi dan bumi tidak mengeluarkan hasil. Jika ia mengeluarkan hasil maka akan ada serangan dari fenomena alam atau haiwan perosak.
Dalam upacara MANAGAS manusia yg menjadi KORBAN tidak boleh di sebut orang atau manusia.. ia haruslah di sebut sebagai SADA TAGAZO atau PANAGAS
Manakala MAMASI bermakna "MENYUBURKAN PERJANJIAN MANAGAS" yg berlaku 50 tahun yg lalu. Ia adalah satu upacara mengingatkan kepada Lumaag bahawa perjanjian masih terus di pegang dan dengan itu maka manusia masih menghormati unsur-unsur alam dan semulajadi momogun.
Kedua upacara ini adalah di lakukan bagi menebus dosa-dosa dalam period kitaran 100 tahun. Jika bangsa momogun di tindas dan di aniaya dalam pelbagai bentuk dalam masa momogun tiada pemimpin mereka maka Lumaag akan melangkahi bumi momogun dan akan menaburkan segala bentuk malapetaka... hal ini di katakan oleh bobohizan guraumanuk dalam wasiatnya dalam bentuk agama labus.
Segala pembunuhan di muka bumi akan di lupuskan dengan korban yg di sebutkan PANAGAS atau SADATAGAZO tersebut...
Disebabkan perbuatan dosa manusia maka korban teramatlah penting.. darah korban ternak hanya mampu menutupi segalah dosa manusia dalam masa 50 tahun dan selepas itu PELUPUSAN HUTANG DOSA harus di bayar NYAWA MANUSIA melalui titisan darah korban MANAGAS.
Menurut Bobohizan Guraumanuk inilah perjanjian kesejahteraan bagi bangsa Momogun dan jika suatu hari nanti bangsa Momogun di aniaya oleh bangsa lain maka akan berlaku satu malapetaka menimpa dunia dan berakhir dengan LXUNSUTON (gempa bumi), DARUN MONIRANG dan LXUSUVON... Hal ini di samakan sebagai hari kiamat. KIAMAT = Lxunsuton adalah gempa bumi yg akan menghancurkan dunia pada masa akan datang sementara Lxusuvon adalah kiamat yg berlaku pada zaman purba..menurut mitos nenek moyang. Sungguhpun demikian akan berlaku juga Lxusuvon pada masa akan datang di sertai Lxunsuton sebagai mengakhiri riwayat dunia ini.
Warisan dari Nunuk Ragang ini di ilhamkan oleh Nenek moyang kita.. Ia mengingatkan kita bahawa hidup bangsa Momogun ini melalui banyak perkara.. dari satu kumpulan dan terpisah-pisah dan menjadi suku-suku sehingga pada hari ini ada dusun pelbagai dusun, rungus, kadazan dan murut...
Nenek moyang kita telah diilhami dgn cara mereka berkomunikasi dgn alam dan itulah yg kita perlu tahu... Bagaimana mereka mencari sesuatu laluan adalah berpaksi kepada GERAK HATI TERDALAM yg bukan sahaja fikiran tetapi PEMUSATAN HATI menuju ke arah KIVU'U (Kivusidwo)-> mengenal jati diri..