Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Pemerintahan Kesukuan
 
Google
 
Sistem Pemerintahan Dayak Dusun (Momogun Laut)

Dalam sejarah pemerintahan di Borneo sekurang-kurangnya ada 4 sistem pemerintahan yang wujud dalam negeri ini iaitu: 

- Pemerintahan Kesukuan
- Kesultanan Brunei
- Kesultanan Sulu 
- Pemerintahan Bebas

PEMERINTAHAN KESUKUAN
Pemerintahan Kesukuan merupakan satu sistem yang wujud dalam bangsa Momogun. Terdapat beberapa Sistem Pemerintahan Kesukuan dalam bangsa Momogun Borneo Utara. Sistem Momogun tersebut adalah :

- Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut 
- Sietem Pemerintahan Kesukuan Momogun Darat
- Sistem Kesukuan Murut 

SISTEM PEMERINTAHAN BEBAS
Sistem Pemerintahan Bebas adalah satu lagi sistem yang wujud atas kemampuan sendiri oleh seseorang pemimpin. Contoh-contoh sistem Pemerintahan Bebas ialah seperti sistem pemerintahan seorang Ketua Lanun di Teluk Marudu iaitu Syarif Osman. 

Selain daripada itu di kalangan Momogun Laut juga wujud sistem pemerintahan bebas ini iaitu Aki Malaun. Dimana Aki Malaun ini adalah tokoh Momogun Rungus yang keluar dari lingkungan Rungus Gandahon dan membuka kawasan sendiri di Teluk Agal dengan menjadi Penguasa Sungai Tamburulan. Kelompok dan Kumpulan Aki Malaun pada hari ini di kenali dalam Momogun Rungus sebagai Suku Rungus Pilzapazan.

Seorang lagi legenda dalam Momogun Laut ialah Aki Kurudong. Aki Kurudong ini menjadi pemerintah bebas apabila keluarganya di bunuh oleh lanun dari laut yang singgah di pesisir pantai. Disebabkan kejadian itu Aki Kurudong telah mempelajari ilmu kebal dan menjadi ahli dalam membina kapal layar. Setelah mahir dalam laut maka Aki Kurudong belayar di Labuan dan membuat serangan di sana. Selepas  itu Aki Kurudong belayar ke Brunei dan menyerang disana. Setelah puas berperang maka akhirnya  Aki Kurudong berkawin orang Brunei dan  beranak cucu di sana. Demikianlah cerita legenda Aki Kurudong yang berjaya dalam perangnya. 

MENGENAI SEJARAH MOMOGUN LAUT       

Apabila menyentuh mengenai sejarah dan kewujudan bangsa Momogun di Borneo Utara tidak ramai yang tahu dan mempunyai maklumat tentang bangsa mereka. Kebanyakan pengkaji tentang Momogun adalah dari pengkaji dari luar dan mereka mempunyai pandangan2 tersendiri mengenai bangsa Momogun.

Tidak ada pengkaji yang benar2 mempunyai maklumat yg tepat kerana tidak pernah di tuliskan di mana-mana catatan kecuali beberapa cubaan menuliskannya.

Oleh sebab itu satu-satunya cara pendekatan yang dapat di lakukan adalah dengan meneliti kembali pembentukan minda dan kepercayaan suku momogun melalui sejarah lisan yg masih ada.

Untuk subjek ini saya hanya menumpukan kepada Momogun Laut (Rungus & Tombonuvo) berikutan suku ini mempunyai latar belakang dan budaya yang sama serta sinonim dalam cara hidup dan kepercayaan lampau mereka.

Secara Tradisinya dan di ketahui umum Momogun Laut ini adalah mendiami kawasan Semenanjung Kudat, Pesisir Pantai Marudu, Bengkoka, Pitas, Beluran, Telupid, Sandakan, Kinabatangan sehinggalah ke Kunak bertembung dengan kawasan Dayak Murut.

Momogun Laut ini pada hari ini di kenali sebagai Momogun Rungus dan Momogun Tombonuvo (juga di kenali sebagai Sungai).

Momogun Laut mempunyai sejarah tersendiri dalam sepanjang melalui sejarah di negeri ini. Sejarah Momogun Laut tidak pernah di ambil kisah sesiapa pun baik pihak luar, mahupun orang-orang tempatan sendiri.

Pada masa kini maka adalah wajar untuk mengumpulkan segala maklumat-maklumat sebagai warisan. Setiap suku mempunyai sistem adat dan penguasaan terhadap kawasan mereka sendirii dan sistem kesukuan ini adalah satu cara yang di guna pakai sejak dahulu di negeri ini. Maka sistem kekuasaan berdasarkan kesukuan masing-masing adalah cara yang di amalkan sejak dahulu di kepulaua ini.

Disebabkan sistem kesukuan di anggap sebagai kedaulatan masing-masing maka setiap suku ada cara mereka sendiri dan setiap suku mempunyai sejarahnya yg tersendiri.

Maka dalam topik ini merujuk kepada sistem Kesukuan Momogun Laut dan corak kehidupan Momogun Laut yang mempunyai persamaan dengan Dayak Kalimantan dan Sarawak.
 
 
  Today, there have been 6 visitors (11 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free