Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Kudat
 

Google
 

Unduk Ngadau Kudat 2007

Emily Lukas
19 yo
Singing (Singer)


LATAR BELAKANG

Daerah Kudat terletak di Utara negeri Sabah dan pernah menjadi Ibu Negeri bagi North Borneo  ( Sabah ) dari 17 Disember 1881 hingga 1884. Nama Kudat berasal dari 2 lagenda tempatan iaitu " KUTAD " yang mempunyai pengertian ' Rumput Lalang " dari suku kaum terawal di daerah Kudat iaitu Rungus rumpun dari suku kaum Kadazan Dusun. Lagenda kedua adalah dari suku kaum Benadan iaitu " Takudad Aku " yang membawa maksud " Terkejut Aku ".

Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu : - Kudat Proper, Pekan Karakit Banggi dan juga Pekan Matunggong.

KELUASAN KEDUDUKAN GEOGRAFI

Keluasan daerah Kudat adalah 1,287 KM persegi meliputi Semenanjung Kudat, Pulau Balambangan, Pulau Banggi, Pulau Malawali, Matunggong dan beberapa gugusan pulau kecil di sekitarnya. Bentuk muka bumi berbukit bukau. Cuaca tidak menentu dengan musim kemarau lebih panjang. Purata hujan tahunan 184 setahun.

KEPENDUDUKAN

Populasi penduduk bagi ketiga-tiga daerah dianggarkan 55,932, dimana suku kaum teramai adalah suku kaum Rungus 53.84%, Melayu 32.59%, Cina 13.40% dan lain-lain 0.17%.Banci penduduk yang dibuat pada tahun  2000 yang telah disahkan dianggarkan  lebih kurang 68,242 orang.

KEGIATAN UTAMA EKONOMI

Kegiatan utama ekonomi penduduk daerah Kudat tertumpu kepada sektor pertanian. Seluas 54,723 Hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah tersebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang. Sektor perikanan juga memainkan peranan utama di mana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikanan kebanyakannya di eksport ke negara luar seperti Taiwan, Japan, Hong Kong dan lain-lain lagi.

 

Sumber dari : Jabatan Daerah Kudat

 
  Today, there have been 8 visitors (28 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..