Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Agama Labus
 

Google
 

SEDIKIT PENGENALAN MENGENAI DOKTRIN AGAMA LABUS (bunyi: Lzabvus)

Apabila ingin menceritakan mengenai NUNUK RAGANG secara serius elok kembali belajar itu ilmu pengetahuan AGAMA LABUS. AGAMA LABUS adalah satu agama yang di namakan oleh BOBOLIZAN GURAUMANUK. Dia menamakannya sebagai AGAMA LABUS yang bermakna;

Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:

  1. AGAMA – berasal dari bahasa Rungus yang bermakna "BOLEH DI LAKUKAN" 
    • ‘A’ - boleh
    • ‘Gama’ - buat / lakukan.
    • AGAMA bermakna boleh di lakukan atau baik di lakukan di izinkan atau  di perkenankan.
  2. LABUS – bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus
Agama Labus bermakna SATU SET HUKUM-HUKUM MOMOGUN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MELEPASKAN MEREKA DARI HUKUMAN, LAKNAT, SUMPAHAN ATAU MURKA DARI TUHAN.

Mengapa perlu ada AGAMA LABUS?

Menurut Bobolizan Gomburon dan Bobolizan Guraumanuk, manusia ini pada asalnya adalah DEWA atau Makhluk Ilahi. Setelah di hasut atau termakan hasutan ROGON iaitu anak KINORINGAN MAMANGUN sendiri, manusia yang wujudnya Dewa itu telah ikut serta merebut kedudukan KINORINGAN maka akhirnya KAVANUSAN (Syurga) telah huru-hara dan KINORINGAN mematahkan bala tentera ROGON dan menjatuhkan hukuman kepada pengikutnya. Manusia adalah salah satu yang termakan kata-kata ROGON maka akhirnya manusia yang di panggil sebagai Dewa (RUMANDAVI) pada asalnya kini di panggil RINIBA.

RINIBA adalah dari kata SIBA yang bermakna RENDAH. Iaitu Riniba membawa makna "makhluk ciptaan KINORINGAN MAMANGUN yang telah direndahkan statusnya. [Vangun do Kinoringan dot ininsibakan]. Maka dalam bahasa Momogun Rungus MANUSIA di sebut sebagai RINIBA.

Untuk mengelakkan dari KUTUKAN dari KINORINGAN terhadap mereka yang mengkhianati Kinoringan maka wujudlah jambatan penghubung antara Kinoringan dan bangsa Momogun iaitu AGAMA LABUS yang di perturunkan kepada Bobolizan Guraumanuk untuk memperbaharui HUKUMAN KERAS yang di perturunkan sebelumnya kepada Bobolizan Gomburon. 

AGAMA LABUS yang di wartakan Bobolizan Guraumanuk ini menghapuskan HUKUMAN MATI seperti memasukkan pesalah yang membunuh orang ke dalam BUBUH dgn BATU lalu di buang ke dalam Sungai Deras atau Laut. 

Melalui hukum Guraumanuk dengan setiap DOSA-DOSA orang Momogun boleh dibayar dengan MENGORBANKAN haiwan ternak seperti AYAM (nilai ayam bergantung kepada warna hitam / putih warna lain tidak diterima), atau kesalahan besar korbankan KHINZIR atau KERBAU dan sebagainya. Khinzir adalah yg paling bernilai korbannya dalam Agama Lzabvus.
 
KALENDER MOMOGUN

Agama Labus mempunyai kalender tersendiri. Dalam tahun Agama Labus, bulan pertama bermula selepas Upacara Kaamatan. Selepas Pesta KAAMATAN maka bermulalah bulan Pertama Agama Lzabus. Bulan pertama biasanya di sambut dengan pesta serta Magahau. Pada bulan kedua, ketiga dan keempat biasanya aktiviti utama adalah di kawasan laut iaitu MUSIM MAGASIN. Musim itu adalah  masa menangkap ikan dan membuat GARAM BATU dengan memasak air laut di tempat yang mereka sediakan. 

Jadi  jelaslah bahawa Pesta KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya bagi bangsa Momogun jika menurut kalender Agama Lzabus. 

Tahun ini iaitu 2006 ialah tahun ke-11 dalam Agama Labus. Kitaran tahun mereka adalah 100 tahun. Selepas selesai 100 tahun maka kiraan akan bermula lagi ke tahun ke-1 dan demikianlah pusingan tahun mereka seterusnya. Setiap kali selesai tahun 100 maka akan dimula kiraan tahun ke-1 lagi sebagai penggal seterusnya.  

Dalam pusingan 100 tahun itu ada dua perkara yg penting yang mereka rayakan secara RITUAL dan WAJIB. Upacara agama Labus itu ialah UPACARA MAMASI dan UPACARA MANAGAS. 

Setelah tumpasnya Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut di bawah kuasa British dengan penangkapan Aki Tumanggung Karantud dan di buang daerah (Aki Tumanggung adalah di kenal sebagai Raja Momogun Rungus terakhir. Aki Tumanggung dibawah British ke Elopura Sandakan sebagai tahanan seumur hidup dalam pembuangan), maka UPACARA MANAGAS sudah 200 tahun lebih tidak di jalankan. 

Ini berikutan penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu di halang pihak British kerana upacara itu tidak di setujui  Undang-Undang British. MANAGAS adalah satu "upacara penyucian TANAH MOMOGUN yg di lakukan oleh nenek moyang sejak di Nunuk Ragang lagi pada zaman purba.  Ia adalah satu upacara korban penyucian dan pembebasan baik kuasa asing mahupun segala penyakit. MANAGAS ini juga bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yg berlaku jahat iaitu tidak tunduk kepada HUKUM AGAMA LZABVUS akan ditimpa penyakit wabak dan pelbagai malapetaka.

Berikutan gagalnya Upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana penyakit wabak dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Menurut kepercayaan mereka itu berlaku kerana Upacara Managas di halang oleh pihak British. 

Penyakit wabak menyerang Kudat dengan luar biasa pada masa itu kerana upacara yg sewajarnya gagal di jalankan. Ramai menjadi mangsa dgn penyakit itu termasuk penguasa British. 

Pada hari ini Agama Labus terus di ANUTI oleh sebahagian orang kampung bagi menghormati semangat Kinoringan Mamangun, Mamasi dan Lzumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun temurun.

Menurut agama ini apabila bangsa momogun di aniaya atau di jajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yg tidak pernah terjadi di serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap momogun. Hal ini di katakan oleh Bobohizan Guraumanuk sebagai wasiatnya.

Utk memanggil semangat Lumaag yg menjaga gunung kinabalu maka di perlukan upacara memalu gong 40 hari 40 malam utk tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa momogun. Upacara MIAGUNG / Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.

Upacara miagung ini dilakukan oleh lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari secara berterusan dan upacara komburongoh dijalankan oleh wanita dgn membakar komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobohizan / bobolzizan ROVUSAN yg layak akan kendalikan upacara ini. Upacara ini adalah satu cara DEMONSTRASI PURBA MOMOGUN yang menurut mereka mampu mengubah keadaan. Upacara ini juga merupakan satu aktiviti "pengundangan semangat-semangat nenek moyang yang bersemadi di TANAH MOMOGUN". 

Upacara MAMASI
Dilakukan pada tahun ke-50 dengan dilakukan oleh Bobohizan Rovusan dan korban yg di gunakan ialah Khinzir. 

Tujuan upacara ini ialah memperbaharui upacara Managas yg dilakukan 50 tahun lalu. Ia bertujuan memperbaharui perjanjian dgn memercikkan darah korban di bumi supaya tiada malapetaka alam dan penyakit yg akan menimpa momogun. Upacara Mamasi masih di lakukan hari ini utk memperbaharui uapcara managas yg telah 200 tahun tidak di lakukan.

Upacara MANAGAS
Dilakukan dng mengorbankan seorang MANUSIA teruna/perawan yg di beli dari saudagar Brunei dan Sulu. Upacara ini bertujuan utk melindungi segala kesalahan bangsa dan ia haruslah teruna/perawan. Jika korban itu tidak suci maka akan berlaku malapetaka yg dashyat kepada pembekal korban tersebut.

Upacara ini di tinggalkan sehingga hari ini dan tidak pernah di lakukan lagi berikutan ramai orang Momogun hari ini yg telah menjadi Kristian. Upacara ini di tentang habis-habisan oleh pihak bristish dan akhirnya Aki Tumanggung Karantud di tangkap dan di penjarakan seumur hidup dalam pembuangan negeri oleh british.

Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina, curi, penipuan, pembunuhan dan segala bentuk dosa2 manusia yang dilakukan dalam masa 100 tahun yg lepas. Dosa2 itu harus di lepaskan dengan mengorbankan seorang manusia yang suci bagi membayar segala hutang dosa manusia selama 100 tahun yg lepas. Managas bermakna "MELUPUSKAN HUTANG DOSA". MANAGAS harus di lakukan dan WAJIB kerana adalah satu perkara yg mustahil korban darah haiwan ternak mampu membayar hutang dosa manusia, maka pembayaran segala dosa umat manusia ini harus di bayar dengan mengorbankan seorang teruna/perawan yg suci. Jika HUTANG DOSA UMAT MANUSIA (momogun) tidak di bayar oleh upacara managas ini maka ia akan menyebabkan seluruh dunia bukan momogun sahaja yang akan ditimpa segala fenomena alam dan juga penyakit2 ganjil. Wabak akan terus menjadi-jadi dan bumi tidak mengeluarkan hasil. Jika ia mengeluarkan hasil maka akan ada serangan dari fenomena alam atau haiwan perosak.
Dalam upacara MANAGAS manusia yg menjadi KORBAN tidak boleh di sebut orang atau manusia.. ia haruslah di sebut sebagai SADA TAGAZO atau PANAGAS

Manakala MAMASI bermakna "MENYUBURKAN PERJANJIAN MANAGAS" yg berlaku 50 tahun yg lalu. Ia adalah satu upacara mengingatkan kepada Lumaag bahawa perjanjian masih terus di pegang dan dengan itu maka manusia masih menghormati unsur-unsur alam dan semulajadi momogun.

Kedua upacara ini adalah di lakukan bagi menebus dosa-dosa dalam period kitaran 100 tahun. Jika bangsa momogun di tindas dan di aniaya dalam pelbagai bentuk dalam masa momogun tiada pemimpin mereka maka Lumaag akan melangkahi bumi momogun dan akan menaburkan segala bentuk malapetaka... hal ini di katakan oleh bobohizan guraumanuk dalam wasiatnya dalam bentuk agama labus.

Segala pembunuhan di muka bumi akan di lupuskan dengan korban yg di sebutkan PANAGAS atau SADATAGAZO tersebut...

Disebabkan perbuatan dosa manusia maka korban teramatlah penting.. darah korban ternak hanya mampu menutupi segalah dosa manusia dalam masa 50 tahun dan selepas itu PELUPUSAN HUTANG DOSA harus di bayar NYAWA MANUSIA melalui titisan darah korban MANAGAS.

Menurut Bobohizan Guraumanuk inilah perjanjian kesejahteraan bagi bangsa Momogun dan jika suatu hari nanti bangsa Momogun di aniaya oleh bangsa lain maka akan berlaku satu malapetaka menimpa dunia dan berakhir dengan LXUNSUTON (gempa bumi), DARUN MONIRANG dan LXUSUVON... Hal ini di samakan sebagai hari kiamat. KIAMAT = Lxunsuton adalah gempa bumi yg akan menghancurkan dunia pada masa akan datang sementara Lxusuvon adalah kiamat yg berlaku pada zaman purba..menurut mitos nenek moyang. Sungguhpun demikian akan berlaku juga Lxusuvon pada masa akan datang di sertai Lxunsuton sebagai mengakhiri riwayat dunia ini.

Warisan dari Nunuk Ragang ini di ilhamkan oleh Nenek moyang kita.. Ia mengingatkan kita bahawa hidup bangsa Momogun ini melalui banyak perkara.. dari satu kumpulan dan terpisah-pisah dan menjadi suku-suku sehingga pada hari ini ada dusun pelbagai dusun, rungus, kadazan dan murut...

Nenek moyang kita telah diilhami dgn cara mereka berkomunikasi dgn alam dan itulah yg kita perlu tahu... Bagaimana mereka mencari sesuatu laluan adalah berpaksi kepada GERAK HATI TERDALAM yg bukan sahaja fikiran tetapi PEMUSATAN HATI menuju ke arah KIVU'U (Kivusidwo)-> mengenal jati diri..

 
  Today, there have been 33 visitors (76 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free