Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Asal Usul Momogun
 

 

Google
 

WELCOME TO SEA DAYAK PLANET
MOMOGUN RUNGUS


Gong Momogun Rungus


Fiche Signalétique
Langue : Rungus
code ethnologist (SIL)* : DRG
ISO code 639-2 (B) : map
other names of the language* : Dusun Dayak, Melobong Rungus, Memagun, Memogun, Momogun, Roongas, Rungus Dusun
statute* : Living language
dialects* : Gonsomon, Nulu, Rungus
official language in the following countries* :  
country where the language is spoken* : Malaisie
linguistic group :  
linguistic family :  
written form :  
* These data are extracted from the Ethnologue SIL International base.
A number of speakers and other information (a link to Ethnologue) :here

Source:
Info Suku Rungus 

Menurut saya mencari asal-usul rungus tidak perlu di wujudkan kerana persoalan di mana asal-usul rungus itu hanyalah satu tanggapan. Ada dua persoalan yg perlu di nyatakan contohnya seperti ini:

  • Dari mana kemungkinan asal-usul Momogun Rungus?

  • Mungkinkah memang Momogun Rungus penduduk asli kepulauan borneo ini?

     

Jadi persoalannya sekurang-kurangnya kepulauan borneo ini memang mempunyai suku aslinya pada asalnya dan mengalami gelombang migrasi dalam zaman yg berbeza maka terbentuklah pelbagai suku di kepulauan borneo dan pada masa yg sama menyebabkan dialek mengalami perubahan tetapi bahasa asas yang sama. ini hanyalah pandangan saya.

Jadi daripada kita nak berfikir kononnya dari cina dan mongolia.. adalah satu yang lebih NYATA kalau kita berfikir bahawa kitalah salah satu kelompok manusia yang mana asal-usul nenek moyangnya memang di kepulauan borneo ini dan tidak berasal dari mana-mana tempat.

LEGENDA PEREBUTAN KUASA
Dalam legenda Momogun Rungus di mana hanya diwarisi melalui penceritaan secara lisan melalui tradisi mereka. Sungguhpun ia merupakan penceritaan lisan sejak turun-temurun namun melalui cerita tersebut itulah minda dan persepsi Momogun Rungus di bentuk sehingga dewasa mereka. Cerita lisan ini terus di tuturkan dari generasi ke generasi dan menjadi satu pendidikan lisan kepada anak-anak mereka. 

Melalui cerita inilah mereka meletakkan asas budaya dan pendirian untuk bertahan dalam apapun keadaan di Tanah Momogun. Inilah kepercayaan mereka dimana bangsa mereka mempunyai hubungan erat dengan alam di bumi borneo ini. Sehinggakan melalui kepercayaan itu mereka di gelar sebagai Momogun iaitu satu sebutan yang secara langsung berkaitan dan tidak dapat di pisahkan dari bumi borneo ini. Begitulah ketatnya kepercayaan itu sehingga bangkit bangsa yang di keali sebagai Bangsa MOMOGUN.


VERSI I

Tersebutlah kisah pada zaman lampau, sebuah kaum yang panggil sebagai Momogun. Kaum ini adalah cucu cicit Mogundahali yang telah hidup aman damai sejak ribuan tahun. Mereka tinggal di kaki Pampang Savat yang kononnya nenek moyang mereka yang bernama Pintalbasi pada zaman dahulu kala di penjarakan di bawah "monirang" di pampang savat iaitu belerang lava gunung berapi tersebut. Nenek moyang tersebut di penjarakan sewaktu tercetusnya perang saudara pada zaman pemerintahan Raja Kosila yang kejam

Berikutan perang saudara tersebut maka dunia yang pada masa itu hanya terdiri daripada satu DARATAN telah terpecah kepada beberapa kawasan setelah KINORINGAN membelah bumi sebanyak 3 kali.

Akhirnya Aki Pintalbasi berjaya menewaskan Raja Kosila bersama bapanya Mogundahali namun oleh kerana perang tersebut telah wujud dengan penuh dendam maka kinoringan membelah bumi sebanyak 3 kali dan akhirnya kerabat Mogundahali mempunyai tanah airnya sendiri. Sungguhpun demikian tanah air mereka terpisah dari tanah besar dan hanyut dalam lautan disertai dengan api monirang.

Itulah bangsa Momogun yang merujuk kepada "perjuangan kedua anak-beranak yang akhirnya berjaya mendapat tanah miliknya sendiri dari Raja zalim iaitu Kosila".

Setelah zaman berlalu bangsa itu telah pun bertambah ramai dan mereka hanya tertumpu pada satu kawasan di pergunungan di pampang savat yang kini di kenali sebagai Gunung Kinabalu. Mereka tidak meninggalkan tempat tersebut kerana mereka merujuk kepada UNDANG-UNDANG yang di wartakan oleh Bobolizan Gomburon dimana mereka harus tinggal di pergunungan itu supaya dapat memberikan korban sembelihan kpd semangat nenek moyang yg bertakhta di pampang savat tersebut. menurut legenda tersebut Pintalbasi hanya akan di keluarkan dari bawah gunung kinabalu apabila bangsa MOMOGUN akan di perhambakan atau di tindas oleh bangsa lain.

VERSI II

Menurut legenda yang diceritakan dari generasi ke generasi, kononnya bangsa Momogun Rungus(tamadun nunuk ragang) ini diasaskan oleh seorang usan-usan yang dianiaya oleh saudara-saudaranya kerana dia mempunyai pelbagai kemahiran. Dia pandai membuat perangkap haiwan dan membuat senjata-senjata yang mampu melindungi masyarakatnya ketika itu. Disebabkan kemahiran yang dimilikinya, dia dianiaya. Ini menyebabkan dia dihukum bersama isteri dan orang-orangnya yang setia dengan menghanyutkan mereka ke dalam lautan. 

Lzazag (kapal layar) yang mereka naiki itu akhirnya kembali ke daratan dimana pemandangan mereka menuju ke Pampang Nabalu untuk tujuan keagamaan. Dia menggelarkan dirinya sebagai 'USAN-USAN' yang bermakna tiada keluarga kerana dia dianiaya oleh adik-beradiknya sendiri.
 

Selama mereka di situ, mereka terus dibangkitkan dengan semangat keagamaan berikutan penyembahan mereka kepada Lzumaag Nabalu. Upacara keagamaan terus berkembang apabila mereka semakin ramai. Seorang tokoh agama yang mahir dalam hukum dan mewarisi adat istiadat dari Usan-Usan ialah Aki Bobolzizan Gomburon. Disebabkan mereka semakin ramai, maka mereka merasakan bahawa adalah perlu hukum masyarakat diwartakan menurut peraturan si Usan-Usan.

SEJARAH LISAN MOMOGUN

Asal-Usul semua Kadazan-Dusun adalah sama. Cuma masalah kita dari awal ialah tidak mempertahan kan nama bangsa sendiri. Mereka ambil nama bangsa mereka seperti apa saja orang luar panggil terhadap mereka. DUSUN ini adalah panggilan orang laut sepoerti dari brunei dan sebagainya mereka memanggilnya sebagai Dusun kerana mereka tinggal di pedalaman.

Percubaan orang laut untuk memanggil orang Rungus sebagai Dusun ini juga berlaku ini kerana Rungus dan Tombonuvo adalah satu-satunya penduduk pesisir pantai sejak dahulu kala. Mereka juga pernah di panggil sebagai Dusun sejak dahulu tetapi panggilan ini di tentang habis oleh nenek moyang kami kerana ia bukan nama bangsa kami. Nama bangsa yang kami pakai sejak dahulu lagi ialah PASOK MOMOGUN (Peribumi Momogun). Momogun menurut tradisi orang rungus adalah nama bagi bangsa yang berasal dari Nunuk Ragang. Nama bangsa itu merujuk kepada Perjanjian yang di lakukan oleh Aki Gomburon (pencipta adat momogun pertama di Nunuk Ragang). Hukum Gomburon kemudian di perbaharui oleh Aki Guramanuk dan upacara itu di namakan Agama Lzabus.

Momogun ini merujuk kepada bangsa yang menghormati Lzumaag iaitu semangat gunung kinabalu. Hanya Momogun sahaja di kenal oleh Lzumaag melalui upacara yg di lakukan oleh Bobohizan. Bobolizan berasal dari perkataan "Bolzi". Bolzi adalah panggilan kepada "haiwan korban". Bolzi bermakna "BELI". Ini bermakna Bobolizan bertugas untuk "membeli semangat baru kepada lzumaag atas dosa-dosa yang di lakukan oleh orang Momogun dengan menggunakan korban iaitu haiwan ternak".

Bobolizan bertugas untuk melupuskan segala kesalahan bangsa momogun melalui korban. Jadi selama dulu nama bangsa kita ialah Momogun. Tiada kadazan dan tiada Dusun. Hanya Momogun yang ada. Dusun dan Kadazan ini adalah baru-baru wujud apabila era kemerdekaan oleh Tun Fuad. Ini kerana pada masa itu orang-orang kita tak tahu apa-apa ttg identiti mereka. Jadi apa saja orang panggil sama kita maka kita akui nama bangsa kita.

Yang pastinya kita adalah sama asalnya cuma masing2 jaga nama suku sendiri. Kalau di Rungus nama Momogun RUngus ini tak dapat di hilangkan kerana Momogun adalah nama bangsa dan Rungus adalah nama nenek moyang kami iaitu RUNGSUD yg akhirnya di sebut RUNGUS

Lalu bangsa momogun semakin ramai pada zaman ketuanya Aki Nunuk Ragang. Sebelum Aki Nunuk Ragang meninggal dunia seorang Bobolizan Rinovusan yang bernama Guraumanuk telah menyampaikan satu mesej dari Lzumaag Minamangun. Mesej ini adalah satu peraturan baru dimana ketiga anak lelaki Aki Nunuk Ragang harus berhijrah ke tempat lain kerana Lumaag Minamangun mengatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari gunung kinabalu sehingga ke Laut adalah milik Momogun. Jadi cucu cicit Momogun harus memilih satu tempat yang tinggi iaitu bukit atau gunung paling tinggi dimana-mana daerah yang mereka datang dan semua sungai yang mengalir ke laut dari bukit tersebut adalah tempat yang mempunyai penyertaan semangat Lumaag Minamangun dengan mengundangnya melalui satu upacara yang disebut "MOMURINAIT" dengan menyebut 7 nama semangat utama yang menjaga bangsa Momogun.

Setelah Aki Nunuk Ragang meninggal dunia mereka telah menguburkan beliau di satu tempat dan menurut legenda setelah 40 hari Aki Nunuk Ragang di kuburkan pada hari upacara "Mongupus" tumbuhlah sejenis pokok ARA dari tengah-tengah kubur Aki Nunuk Ragang. Pokok Ara tersebut agak berlainan kerana ia berwarna merah dan jika daunnya tercalar ia akan mengeluarkan DARAH MANUSIA dan mereka menyembah pokok tersebut dan menamakannya AKI NUNUK RAGANG kerana mereka percaya itulah JELMAAN baru nenek moyang mereka. Pokok tersebut menjadi pokok gergasi di tempat tersebut. Tempat itu juga adalah tempat PENYEMBAHAN


Sementara anak lelaki Nunuk Ragang ialah Aki Rungsud (Nenak moyang orang Rungus), Aki Longuvai (nenek moyang orang penampang) dan Aki Turumpok (nenek moyang semua suku kaum Dusun). Menurut cerita ini AKI Turumpok sebagai anak bongsu lelaki adalah sebagai TANDON TONGKOB (mewarisi tempat tinggal bapanya) sementara RUNGSUD dan Longuvai berjaya mencari sebuah tempat yang di kenali sebagai DILA TANAH oleh Lumaag Minamangun. Lalu Rungsud berhijrah disana dengan kumpulannya.

Cerita ini hanyalah satu ringkasan dari beberapa Version Cerita asal-usul Turun-Temurun Kaum Rungus.

 

 
 
  Today, there have been 32 visitors (154 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free