Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Upacara Agama Labus
 

Maklumat Tentang Agama Lzabvus

www.sabah.edu.my/itls07013 

http://smp-readmatunggong.blogspot.com/


Maaf, lama ini sedang dalam pembinaan!





Rungus Costume


Dalam bahasa Momogun kuno mereka mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap kehidupan. Mereka percaya bahawa kehidupan bermasyarakat adalah satu tahap kehidupan yang lebih baik maka wujudlah peraturan dan hukum-hukum yang bertujuan untuk menjamin keselesaan dan keharmonian sesebuah bangsa.

Dalam minda nenek moyang kita momogun ini juga percaya bahawa di dunia ini ada satu kuasa yg tidak terhad dan mereka memanggilnya sebagai Kinoringan.

Kinoringan inilah yang berkuasa dalam segala penciptaan yang wujud di muka bumi dan di seluruh jagat raya cakrewala ini. Kinoringan tidak terhad kuasanya. Dan kinoringan ini adalah peribadi yang mutlak dalam segala hal.

Ada terdapat 3 kemutlakan Kinoringan iaitu :
MAMANGUN
Mamangun kata imperatif dari bahasa momogun iaitu "vangun". Mamangun (memberikan nafas kehidupan atau mewujudkan sejarah kepada benda yg tak hidup dan memberikan jalan yang baik atau rencana yg terbaik kepada ciptaan-Nya).

MAMASI
Mamasi berasal dari kata imperatif bahasa Momogun iaitu MASI. "Masi" membawa makna "tetap hidup atau berlangsung terus utk hidup". MASI juga boleh disebut PASI. Mamasi adalah (memberikan berkat, kesegaran, restu atau perkenanan, kebenaran dan kesinambungan dalam semua kehidupan di cakrawala tanpa bertentangan satu dgn yg lain iaitu keharmonian).

LZUMAAG

Lzumaag adalah perkataan bahasa momogun yang membawa makna "melangsungkan hukuman atau melaksanakan hukuman/pengajaran secara nyata terhadap segala dosa-dosa momogun".
Lzumaag adalah kemutlakan Kinoringan utk menjalankan hukuman atau pengajaran akibat dari pelanggaran momogun dalam segala dosa-dosa bangsa mereka. Orang yang di hukum oleh Kinoringan akan di panggil sebagai "Nolzumaagan" iaitu telah di datangkan murka utk mengajar keatas mereka yg lalai dan berdosa oleh Kinoringan.

Demikianlah sedikit pengenalan mengenai MINDA PRIMITIF Dusun Dayak (Momogun Rungus) yang mereka warisi dari Agama Lzabvus Momogun Nunuk Ragang.

Berdasarkan pemahaman mereka ttg KUASA TERTINGGI bagi seluruh "SOMPOGUNON iaitu "seluruh alam semesta" maka lahirlah sebuah kepercayaan yang di kenali sebagai "AGAMA LZABVUS" dalam masyarakat mereka. Agama Lzabvus lah yg telah mencetuskan sistem kebudayaan dalam masyarakat borneo utara tersebut sejak purba lagi di negeri ini. melalui agama lzabvus inilah lahir nama bangsa Momogun. Pada zaman purba nama bangsa kita yang di gunakan adalah Momogun. Pada zaman itu sistem masyarakat di perintah oleh Hukum dari Lzumaag. Segala hukum-hukum kehidupan adalah di perolehi secara langsung melalui kemutlakan Kinoringan melalui Lzumaag.

Masyarakat Momogun ini mula di bentuk apabila Hukum Gomburon di wartakan oleh Bobohizan Gomburon. Bobohizan Gomburon adalah tokoh terkenal dalam sejarah lisan agama lzabvus. Bobohizan Gomburon adalah pencipta hukum-hukum keagamaan lzabvus dan segala adat2 yg paling terawal bagi bangsa Momogun di Nunuk Ragang.
 

Dayak Dusun 
(Momogun Rungus)

 
 
  Today, there have been 60 visitors (72 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free