Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Makna Momogun
 

PENGENALAN
Dayak Dusun (Momogun Rungus)

Momogun Rungus juga kadang-kadang di panggil sebagai "Momogun", "Dusun Dayak", Melobong Rungus", "Memagun" atau "Memogun" kadang-kadang juga di panggil sebagai "Roongas", "Rungus", "Rungas" dan Dusun Laut. Semua itu merujuk kepada bangsa Momogun Rungus.

Asal perkataan Momogun di percayai dari segi kepercayaan Agama Labus adalah dari perkataan "PENDUDUK ASAL POGUN NABALU". Menurut mitos Agama Labus Momogun adalah hasil perkataan dari pekerjaan Kinoringan (Allah Pencipta). Ini kerana Kinoringan menaburkan bangsa Momogun di sekitar Gunung Kinabalu (Pampang Nabalu) dengan perkataan yg di gunakan "NIASOK". Momogun adalah ASOK pertama dan tiada lagi ASOK yg lain selain MOMOGUN. ASOK bermakna "menabur benih". Menurut kepercayaan itu Momogun adalah SAKAG yg di taburkan seumpama benih pertanian Tuhan sendiri.

PASOK Momogun bermakna "benih/zuriat tetap bumi di bawah gunung kinbalu". Kalau orang momogun menanam padi di ladang mereka menyebutkannya sebagai "MANGASOK". Pasok Momogun merujuk kepada kepercayaan mereka dalam Agama Labus bahawa KINORINGAN sebagai pencipta segalanya di alam semesta dan "Zuriat pertama / bangsa pertama yang di rencanakan oleh Tuhan Pencipta" bagi menghuni kawasan Gunung Kinabalu sehingga ke pesisir pantai adalah Bangsa Momogun.

Mereka menganalogikan pekerjaan Kinoringan seperti menabur benih maka jadilah perkataan "PASOK MOMOGUN RUNGUS".

Momogun adalah satu perkataan yang membawa makna mempunyai kuasa keatas tanah atau dunia yang Kinoringan mereka berikan pada bangsa mereka. Momogun berasal dari perkataan POGUN (Dunia).

Joe Byne Lumungking -> Momogunology Research Centre

 
 
  Today, there have been 22 visitors (28 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free