Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Perdagangan Barter
 

Momogun Rungus merupakan satu suku yang tinggal di kawasan utara sabah. BANDAU merupakan satu pusat perdagangan Barter pada zaman dahulu. 

Aki Rungsud adalah tokoh Momogun yang sinonim dengan kaum Rungus. Ini kerana Rungus berasal dari nama Aki Rungsud. Aki Rungsud menamakan kawasan itu sebagai BANDAU kerana menurut legendanya Aki Rungsud pernah diserang sejenis haiwan purba yang di kenali sebagai Duvarung atau Gugumorung iaitu sejenis haiwan yang tinggal di kawasan lava gunung berapi setelah beberapa lama bertarung dan Aki Rungsud sudah keletihan walaupun mempunyai ilmu kebal maka akhirnya datanglah MONDOU yang di keali sebagai ketua semua jenis haiwan di dunianyata dan dunia lain.

MONDOU tersebut telah memekik sebagai tanda melarang Duvarung tersebut untuk mengganggu Aki Rungsud. Maka akhirnya Duvarung tersebut melarikan diri. Lalu Aki Rungsud menamakan tempat itu sebagai Kirangavan yang bermakna "pintu pengharapan" dimana Momogun tidak boleh di singkirkan dari kawasan tersebut sampai bila-bila berikutan petanda bahawa MONDOU telah melarang semua haiwan apapun untuk mengacau bangsa Momogun dari kawasan itu. 

Demikianlah bangsa Momogun semakin di yakinkan dengan kopizo Aki Rungsud iaitu "koniu om mangkahak" dari Nunuk Ragang.  

PERDAGANGAN BARTER BANDAU

Perdagangan sistem barter terbesar di utara sabah pada zaman dahulu adalah BVADI BANDAU. Bvadi Bandau adalah pusat perdagangan Barter tunggal pada masa itu. Dimana tempat itu di lakukan di Teluk Marudu dan di buka oleh Aki Rungsud. 

Terdapat beberapa HUKUM yang tidak boleh dilakukan oleh pihak luar di kawasan Momogun iaitu membuka hutan dan menggali tanah. Pihak luar boleh berlabuh dan tinggal di pesisir pantai tetapi tidak boleh melanggar hukum Momogun. 

Di bawah adalah beberapa Hukum yang ada dalam Tradisi Momogun Rungus. 

1.Hukum MEMBUKA HUTAN MOMOGUN
2.Hukum MENGGALI TANAH MOMOGUN
3.Hukum BERDAGANG MOMOGUN

Terdapat pelbagai hukum seperti, Momogun hanya boleh di panggil sebagai Momogun atau Rungus.

Kawasan Perdagangan Momogun Rungus bertaraf Bvadi dan Tomu selain bandau pada zaman dahulu:

- Tomborungus
- Toringai
- Kirangavan
- Morimbou
- Andarason
- Pata
- Teluk Tomburulan
- Vingolzon
- Torungkungan
- Pukah
- Timug

dan banyak lagi kampung-kampung Momogun di pesisir pantai. 

BVADI adalah merupakan perdagangan barter yang lebih besar saiz dan lebih maju dalam pengertian dahulu iaitu dalam BVADI ada beberapa Tomu dan mungkin mempunyai 6 atau lebih ketua Momogun.

Manakala Tomu adalah lebih kecil saiznya iaitu hanya terdapat satu kawasan yang mungkin luas tetapi di pimpin atau di ketuai seorang atau dua orang ketua Momogun.   

 
  Today, there have been 3 visitors (62 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Good Bye..