Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Aki Kulindod
 

LEGENDA AKI KULINDOD

Aki Kulindod adalah penentang penjajahan British. Aki Kulindod menyerang secara gerila dan berseorangan. Beliau adalah seorang yang kebal terhadap segala jenis senjata. Sebagai 'Golzom Rinovusan" beliau tidak tidak lut kepada apa-apapun senjata dari pihak British. Kulindod berasal dari Kirangavan Bandau dan seorang penjaga pesisiran pantai sekitar Kudat, Marudu dan Pitas.

Aki Kulindod menyerang hendap kapal-kapal british atas penentangannya terhadap cukai kepala di sekitar Kudat dan bertempur dengan british beberapa kali sehingga akhirnya membuat janji kepada penguasa british untuk tidak menyerangnya lagi kerana demi  keselamatan "orang-orang momogun yang lain" dari menjadi serangan british. 

Namun janji tersebut telah di langgar selepas seorang rakannya di Timbang Mongoris  yang bernama Kadim menjemputnya untuk meminta bantuan daripadanya untuk berperang dengan british kerana kadim juga menentang cukai kepala.
 
Menurut perjanjian Kulindod dan Kadim, Kulindod akan membantu mereka dalam perang antara british tetapi tidak secara berdepan. Kulindod mengatakan apabila mereka berperang "Kulindod akan melalui kawasan sekitar pertempuran tersebut dan mengakibatkan segala senjata british tidak akan meletup apabila di tembakkan. Syaratnya ialah supaya semua orang-orang Kadim terselamat maka di larang sama sekali untuk bersorak kerana itulah peraturan yang di berikan oleh Semangat Ansamung yang menjaga Aki Kulindod. 

Maka seperti perjanjian tersebut maka itulah yang di lakukan mereka. Apabila tentera british mula menyerang kawasan Kadim maka Aki Kulindod naik kerbaunya dengan beberapa karung padi hadiah dari Kadim. 

Disebabkan Aki Kulindod melalui kawasan pertempuran tersebut maka senjata api pihak british tidak meletup apabila di tembakkan. Maka Kadim dan pengikut-pengikutnya menyerang habis-habisan barisan hadapan tentera british tersebut. Disebabkan Kadim keghairahan dengan perang tersebut maka dia berkata kepada semua pengikut-pengikutnya bahawa perang tanpa letupan senjata british tidak menyeronokkan, maka bagus kita langgar saja peraturan Kulindod supaya cucu-cicit kita akan mengenang perang Kadim dan bukanlah perang Kulindod katanya. Maka Kadim terus bersorak-sorak dengan kuatnya dan pada masa itu jugalah barisan meriam british mula meletup apabila di tembakkan. 

Pada masa itulah kerbau Kulindod tertembak dengan meriam dan mati. Pada masa sama pengikut-pengikut Kadim yang tidak mempunyai ilmu kebal mati di hujani peluru. Dan Kadim sendiri telah terbunuh di medan pertempuran. Lalu Kulindod tahulah bahawa Kadim tidak mengikut perjanjian mereka. Manakala pengikut Kadim yang lain sudah melarikan diri dan mengajak Kulindod bersama untuk melepaskan diri. Kulindod menyuruh mereka untuk menghantar pesan kepada keluarganya di Kirangavan dengan menyuruh anak perempuannya di hantar ke Pitas dan anak lelakinya di hantar ke Matunggong. Dan pesannya kepada pengikut-pengikut Kadim yang terlepas itu, sekiranya british menanyakan tentang ahli-ahli keluarganya maka jawablah bahawa "kulindod adalah seorang pengembara dan tidak mempunyai keluarga. maka orang momogun tidak ada rasa tanggungjawab terhadap kulindod" demikianlah pesannya. Ini kerana kulindod risau british akan menyerang semua orang-orang kampung di Kirangavan. 

Lalu Kulindod menyerang british sehingga british berundur  dari kawasan pertempuran. Perlindungan Kulindod untuk Kadim telah terbolos tetapi bagi dirinya sendiri peluru dan meriam tidak mampu menggugat Kulindod. 

Setelah beberapa waktu lamanya selepas perang itu, british memburu kulindod. Melalui tanda-tanda di mana senjata tidak meletup tersebut maka british sedar bahawa ia disebabkan kehadiran Kulindod seperti mana perang yang berlaku di Kirangavan. Biritish sudah mula masuk di perkampunga Momogun dan mencari Kulindod. Arahan menangkap Kulindod di sebarkan. Kulindod menyerang hendap British sebelum dia sendiri menyerah diri atas nasihat Bobolizan. Bobolizan akan bertanggungjawab ke atas segala kekacauan tersebut dengan melakukan penyucian keatas tanah Momogun melalui upacara Managas yang tidak lama lagi akan di lakukan menurut kalender Agama Labus iaitu pada masa itu upacara managas sudah menjelang tiba (tahun ke-100 bagi Momogun Rungus sebelum memulakan pusingan tahun seterusnya iaitu kembali kepada tahun ke-1).

Lalu Kulindod menyerah diri dan pelbagai cara british untuk membunuhnya tetapi tidak ada yang mampu melukakannya. Sehinggalah Kulindod sendiri membacakan mantera penghapus bagi kuasa kebalnya. 

Selepas itu maka Aki Tumanggung Karantud sebagai Bobolizan Rinovusan pada pada itu dan beberapa lagi Bobolizan Rinovusan dari Rungus Pilzapaza n, Rungus Tupak, Rungus Gonsomon dan Rungus Nulzuw telah merancang melakukan "penyucian dosa" iaitu Managas. Aki Tumanggung Karantud mengetuai upacara tersebut. 

Upacara tersebut juga berperanan untuk mengasingkan Momogun dari serangan penyakit dan melakukan sumpahan kepada pihak british dengan mengundang
semangat lumaag melakukan penghukuman. 

Upacara itu tidak berjaya di lakukan kerana Aki Tumanggung di tangkap Bristish. Aki Tumanggung  mengenepikan kuasa british di Tanah Momogun mengakui bahawa dialah Raja Momogun Rungus pada masa itu. Disebabkan upacara Managas adalah satu "korban sembelihan yang menggunakan manusia sebagai korban" satu upacara pelupusan dosa-dosa maomogun bagi setiap 100 tahun maka british menangkap Aki Tumanggung Karantud. 

Aki Tumanggung Karantud diakui british sebagai Raja terakhir Momogun Rungus. Sejak penangkapan Aki Tumanggung maka gagallah upacara Managas tersebut. Upacara tersebut hanya di bagi penyegaran dengan Upacara Mamasi iaitu upacara setiap 50 tahun yang selau di lakukan sejak purba lagi oleh bansga Momogun rungus.

 
 
  Today, there have been 51 visitors (63 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free