Selamat Melayari Momogunology
   
  Momogunology Research Centre
  Legenda Aki Japval
 

LEGENDA AKI JAPVAL SEORANG PEMERINTAH BEBAS MOMOGUN

Aki Japval adalah anak kepada Aki Japain. Kedua anak beranak ini adalah mempunyai gelaran sebagai "Galzaman do Kobvol" (Onsomungon) yang mempunyai tahap tinggi dalam kekebalan "Kobvol Rinovusan". 

Kobvol Rinovusan adalah bermakna hidup dalam dunia kekebalan sepanjang masa. Mereka berdua ini adalah berbahagi kawasan menjaga pantai Momogun. Kedua anak beranak ini merupakan bebas dari kekuasaan para Vozoon (ketua kampung Momogun). Tugas mereka ini adalah berperang dengan penceroboh atau lanun yang mengendap bangsa Momogun di pesisir laut dengan menggunakan kelebihan mereka dalam kuasa luar biasa yang secara tradisinya adalah sistem pertahanan Dayak Dusun (Momogun Laut). 

Namun telah berlaku perselisihan antara Japain (bapa) dan Japval (anak). Ini berlaku apabila bapanya yang sebagai duda melamar perempuan yang di sukai oleh Japval. Untuk menghilangkan kekecewaan Japval maka beliau pergi MONORUVANG ke kawasan Sungai Tampasuk. 

Japval mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan penjagaan pantai di kawasan Teluk Marudu dan mengembara di pedalaman. Di sebabkan kawasan Tempasuk adalah kawasan yang "momisangod" iaitu mempunyai "pangazou" yang selalu datang ke Tanah Momogun Rungus untuk menyerang maka Aki Japval pergi ke kawasan sungai Tampasuk untuk menghilangkan kekecewaannya. 

Apabila Aki Japval sampai di Tampasuk dia telah di serang oleh orang-orang di sekitar sungai Tampasuk tersebut. Aki Japval tidak membalas serangan kerana dia adalah kebal dari segala serangan. Sehinggalah orang-orang kampung di sungai tempasuk pada masa itu mengerti bahawa kedatangan Aki Jabpval bukanlah "momisangod" tetapi hanya melalui kawasan mereka. 

Aki Japval menetap di salah satu tempat di kawasan sungai Tempasuk dan berkawin dengan perempuan di sana. 

Apabila suatu ketika "semangat yang menjaga keluarganya" telah memberikan mesej kepadanya agar kembali ke Kudat kerana ada ahli keluarganya yang sakit tenat. Maka Aki Japval kembali ke Kudat sementara waktu untuk "kumakap" (melawat keluarga yang sakit). Dan mengkhabarkan tentang hidupnya di Sungai Tampasuk. 

Semenjak Aki Japval bertapak dan beranak cucu di Sungai Tampasuk tersebut, maka tidak ada lagi "pangazou" dari tampasuk yang memasuki Tanah Momogun Rungus untuk menyerang orang-orang kampung yang sedang balik dari ladang mereka.

Demikianlah sedikit pengenalan tentang Aki Japval yang menurut legenda ini Aki Japval menjadi penduduk sungai Tampasuk dan membuka hubungan dengan penduduk kawasan tersebut sehingga secara tidak langsung tidak lagi berlaku serangan dari kumpulan "misangod" sejak dari itu. 

Dari
Legenda Momogun Rungus  

 
 
  Today, there have been 52 visitors (64 hits) on this page! Copyright 2005-2008 Momogunology. All rights reserved. Sabah Malaysia  
 
Good Bye.. This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free