DAERAH KOTA RUMAH PANJANG
SEJARAH MOMOGUN (DAYAK LAUT) SEBELUM PENJAJAHAN
Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut merupakan satu masyarakat yang secara tradisi PAKAR MEMBINA KOTA RUMAH PANJANG. Kawasan Momogun Laut merupakan satu sistem bermasyarakat yang hidup dalam KOTA RUMAH PANJANG. Di mana rangkaian BVINATANGAN (Kota Rumah Panjang) merupakan satu tahap kemasyarakatan dan kebudayaan tahap tinggi dalam masyarakat Momogun Laut. Bvinatangan merupakan kota-kota kediaman masyarakat ini. sementara selepas menyambut tahun baru mereka (Kaamatan) mereka akan mula turun ke laut dan mereka akan membina rumah-rumah kecil di pesisir pantai (valzai susulzap) untuk melakukan aktiviti bermusim mereka iaitu MAGASIN.
Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, sebahagian Telupid dan Kinabatangan (Kina-Bvatangan) merupakan kawasan kekuasaan Momogun Laut di mana watak sejarahnya sinonim dengan Momogun Rungus dan Momogun Tombonuvo.
Bagi Momogun Rungus, Daerah Kudat merupakan satu tempat yang penuh dengan khazanah sejarah, pembentukan falsafah hidup dan bumi keramat bagi Momogun Laut. Nenek Moyang yang mendiami kawasan ini mempertahankan tanah tumpah darah mereka sekaligus mempertahankan negeri dibawah bayu ini sejak dahulu kala. Titik pertemuan Laut Cina Selatan dan Laut Sulu merupakan satu tempat Medan Pertahanan yang bertujuan menghalang kemaraan Lanun-Lanun dari luar mencerobohi kawasan Tanah Momogun tersebut. Kawasan medan utama pengintipan penceroboh tersebut di kenali sebagai SAMPANG MANGAZOU yang bermakna "Pemintasan Lanun". Sampang Mangazou adalah satu tempat yang di ketahui umum oleh orang Momogun Laut ini kerana kawasan tersebut adalah sebuah tempat di mana nenek moyang mereka menciptakan kawasan tersebut sebagai kawasan "strategi perang bersemuka dan terbuka". Kawasan seperti Teluk Tambuluran, Vingolon, Terongkungan dan semua kawasan pesisir pantai Kudat merupakan kawasan perang bersemuka dan terbuka pada zamannya. Dimana disinilah nenek moyang kami terus hidup dan menganggap suasana keadaan itu sebagai satu kehidupan tersendiri dalam bangsa mereka.
Demikian lah sejarahnya Momogun Laut mempertahankan kawasan mereka yang penuh dengan taktikal dan strategi. Kerana semangat untuk hidup dalam cara masyarakat sendiri begitu subur dan menebal namun berhubung dengan dunia luar dalam sistem perdagangan barter pada masa yang sama tidak pernah di ketepikan.
Jika pada hari ini dalam buku sejarah yang tertulis dalam buku-buku pendidikan, kita dapat mengira beberapa pahlawan tersenarai dalam sejarah, namun bagi nenek moyang kami yang telah mempertahankan bahagian Barat - Utara dan Timur - Utara ini sejak ribuan tahun lalu maka tidaklah terbilang ramainya pahlawan dalam bangsa kami, di sepanjang rentetan zaman Momogun Laut di kawasan tersebut. Telah zaman berzaman kawasan tersebut adalah kekuasan BERDAULAT YANG MUTLAK dan tidak dapat di cerobohi oleh sesiapa pihak luar dalam sejarah Momogun Laut sehinggalah British merupakan penjajah pertama bangsa Momogun Laut.
Kawasan tersebut yang mana secara historisnya adalah merupakan KOTA BVINATANG yang kukuh dan tidak dapat terusikkan oleh pelbagai serangan dari pihak luar yang kini sedang bergelut dengan perubahan sistem yang masih asing lagi bagi mereka. Setelah tertangkapnya Aki Tumanggung Karantud yang di kenali sebagai "The Last King of Rungus" oleh pihak British dan termansuhnya KALENDAR MOMOGUN LAUT lalu di sambung dengan satu siri Kristianisasi dalam bangsa Momogun Laut maka pada hari ini Momogun Laut terus berada dalam sistem yang kemasyarakatan yang berbeza dari sistem budaya asal mereka. Momogun Laut masa kini masih dalam dilemma. Setelah sekian lama bangsa ini bertahan dalam sistem nenek moyang mereka "Mangazou Ocean Strategy" kini dunia ini sudah berubah. Masyarakat ini sedang mencuba sistem zaman ini. Apakah hala tuju bangsa ini pada masa akan datang? Akankah ada kesinambungan bersama seperti zman dahulu di mana Momogun Laut (Rungus dan Tombonuvo) berganding tangan sekali lagi untuk membina masa depan generasi kini? Atau apakah kita menjadi mangsa TREND zaman ini yang bersifat sementara dan terus begitu sahaja? Akankah kita mengingat-ingat dan menghargai lagi segala harapan nenek moyang kita untuk terus maju kehadapan?
Marilah kita pulihkan KOTA RUMAH PANJANG (BVINATANGAN) bangsa kita yang sudah di lupakan. Kita telah melupakannya dan sekarang kita sedang mengenangnya kembali dari corong masa silam. Marilah kita berganding tangan agar GUNUNG KINABALU dapat diangkat dan di letakkan diatas tangan-tangan generasi baru kini.
Apakah yang uniknya mengenai Kudat?
Beberapa hal yang menarik ttg Kudat. Penduduk Kudat iaitu Momogun adalah paling lambat meniru budaya bangsa lain termasuk menganut agama Kristian dan Muslim. Ini kerana Momogun Rungus sejak dulu lagi mempunyai SISTEM MASYARAKAT TERSENDIRI yang tidak dapat di kompromikan dengan mana-mana pun sistem kemasyarakatan. Sistem tersebut tidak dapat di campuri orang lain dan hanya BERDAULAT PENUH di kalangan Rungus. Pun dalam keunikan dan kekerasan sistem itu disebabkan mempunyai hubungan persaudaraan yang amat erat dengan Tombonuvo maka umpama SEKUTU PALING RAPAT DAN TAK DAPAT DI PISAHKAN dalam siri sejarah teluk bengkoka dan Pitas maka wujudlah satu pergaulan yang rapat sesama Rungus dan Tombonuvo.
Menelurusi kedaulatan kesukuan Momogun Laut ini maka jika ada simpang mangazou di Kudat, Terongkungan dan sebagainya... maka di Pitas ada pula kg Pantai di mana tempat perang antara momogun Laut dan pihak Luar. Dari Kg Golom (golzom) kanibongan di mana sebuah kampung yg diasaskan oleh Galzaman Mononsiou.
Oleh: J Lumungking Jr.
|